Posted On 21 June 2025

Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam


Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam

JOHOR BAHRU, 21 Jun (Bernama) — Segalanya bermula daripada satu masalah yang nampak remeh, ingin mencetak tugasan pada waktu malam atau hari cuti umum, namun kebanyakan kedai percetakan tutup awal atau tidak beroperasi pada waktu tertentu.

Situasi itu mendorong tiga sekawan, yang juga pelajar Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini mewujudkan kios percetakan yang dinamakan PrintTEX, sekali gus membolehkan tugasan diberikan pensyarah dicetak tanpa mengira waktu.

Menerusi syarikat teknologi pemula Uninet Teknologi Enterprise, kumpulan pelajar terdiri daripada Fikri Akmal Aizuddin Bahrim, 23, selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Iqmal Aizat Mohd Zamri, 23, (Ketua Pegawai Teknologi) dan Low Lie Xin, 25, (Ketua Pegawai Operasi) mula mengoperasikan mesin itu pada Disember 2023.

Fikri Akmal Aizuddin, yang juga pelajar tahun akhir jurusan Komputer Sains di Fakulti Komputeran UTM berkata mesin berkenaan turut dibangunkan bersama aplikasi mudah alih PrinTEX bagi khidmat cetakan secara ‘on demand’, dengan sekeping cetakan hitam putih berharga 20 sen, manakala cetakan berwarna 45 sen.

“Aplikasi mudah alih PrinTEX juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik seperti pengguna dapat mengetahui lokasi PrinTEX berhampiran, muat naik dokumen dan pembayaran secara dalam talian menerusi aplikasi PrinTEX.

“Melalui PrinTEX yang berasaskan Internet benda (IoT), pengguna hanya perlu memasang aplikasi mudah alih, memuat naik dokumen dan membuat pembayaran minimum RM3 dan seterusnya, pengguna hanya perlu hadir ke kios dan mengimbas kod respons pantas (QR) untuk mencetak dokumen serta-merta,” katanya kepada Bernama di sini.

Fikri Akmal Aizuddin berkata pada awalnya mereka membangunkan prototaip asas atau produk berdaya maju minimum (MVP) pada Ogos 2023 menggunakan dana sendiri melibatkan kos pembangunan, perkakasan seperti pencetak, sistem storan dan komponen elektronik lain.

UTM Centre for Student Innovation and Technology Entrepreneurship, katanya memberi sokongan penuh sehingga mereka menerima dana RM30,000 daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi membantu dalam pembangunan sistem, dokumentasi dan proses pendaftaran syarikat.

“Seluruh sistem ini daripada aplikasi, platform integrasi dengan mesin, konfigurasi pencetak dan pengurusan pembayaran kami bangunkan sendiri. Tempoh penyelidikan dan pembangunan mengambil masa sekitar enam bulan sebelum satu unit mesin berjaya dikeluarkan dalam masa satu hingga dua bulan,” katanya.

Setakat ini, mereka memiliki dua kios percetakan di dalam kampus UTM Skudai iaitu di Bilik Belajar 24 jam, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan di Arked Lestari, manakala di luar Johor di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya.

Syarikat itu juga menerima pelawaan daripada dua institusi pengajian tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berminat untuk disediakan satu ruangan untuk PrinTEX.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik

[ad_1] Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik TAWAU, 16 Sept (Bernama) — Sabah Electricity melaksanakan…

Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan

[ad_1] Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan ANKARA,…

Syarat Hewan yang bisa di jadikan hewan kurban –

[ad_1] Menjelang Hari Raya Idul Adha atau yang juga dikenal sebagai lebaran haji, umat Islam…