Posted On 16 September 2025

Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik



Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik

TAWAU, 16 Sept (Bernama) — Sabah Electricity melaksanakan empat jadual penggiliran bekalan elektrik di Tawau bermula pada hari ini.

Sabah Electricity dalam kenyataan memaklumkan anggaran masa bagi pembekalan elektrik berkenaan ialah selama tiga jam bagi setiap giliran.

Giliran 1 adalah pada 12 tengah malam hingga 3 pagi dan 12 tengah hari hingga 3 petang manakala Giliran 2 dari 3 pagi hingga 6 pagi dan 3 petang hingga 6 petang.

“Giliran 3 pula dari 6 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 9 malam, dan Giliran 4 (9 pagi hingga 12 tengah hari dan 9 malam hingga 12 tengah malam),” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, anggaran masa dan tempoh pembekalan elektrik berkenaan bergantung pada sistem rangkaian di Tawau pada waktu itu.

Sabah Electricity memaklumkan pengguna terjejas boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui talian Hotline 15444 atau 088-515000, selain talian 019-8525427 atau layari Facebook rasmi Sabah Electricity Careline.

BACA: Lee Chong Wei Titip Ucapan Penuh Makna Sempena Hari Malaysia
BACA: Terlupa Nak Salam, Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar
BACA: Bapa Bertindak Di Luar Kawalan Selepas Rugi Berniaga “Online”

Sumber: Bernama

The post Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Lima Pelajar MRSM Di Terengganu Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Buli

[ad_1] Lima Pelajar MRSM Di Terengganu Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Buli KUALA TERENGGANU,…

Motosikal CC Rendah, Tapi Ride Jauh, Ini Tips Menunggang Supaya Tak Cepat Penat

Menunggang motosikal bukanlah sekadar masukkan gear dan pulas throttle semata-mata, namun ia lebih daripada itu.…

PN Umum Ketua Pembangkang Sebelum Akhir Mac

PN Umum Ketua Pembangkang Sebelum Akhir MacKUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN)…