Posted On 20 September 2025

Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia



Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia

KOTA BHARU, 20 Sept (Bernama) — Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450,000 biji pil yaba bernilai 13.5 juta baht (RM1.8 juta) ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier, semalam.

Pengerusi Pusat Pentadbiran Narkotik Sungai Golok Supeeyan Daemokleng berkata rampasan itu dilakukan hasil maklumat risikan mengenai penghantaran dadah melalui sebuah syarikat kurier ke bandar sempadan itu.

Beliau berkata pihaknya melakukan risikan sejak awal pagi untuk mengesan individu yang dijangka mengambil bungkusan berisi dadah itu.

“Bagaimanapun, tiada sesiapa hadir dan semua dadah telah dirampas serta dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Supeeyan berkata dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan haram Sungai Golok dan setiap pil dijual pada harga pasaran kira-kira 30 baht sebiji.

Rampasan dilakukan kira-kira pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia) di bawah arahan Gabenor Wilayah Narathiwat Lt Muda Trakul Thodham.

Beliau berkata pihaknya komited memperketat kawalan bagi menghalang kemasukan dadah ke Malaysia, yang sering menjadi sasaran sindiket penyeludupan.

Sumber: Bernama

The post Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam 

[ad_1] Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam  Seorang pengulas sukan terkenal Vietnam,…

Tempat-Tempat Mustajab untuk Berdoa Saat Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Keutamaan Doa dalam Islam Dalam setiap langkah perjalanan hidup seorang Muslim, doa adalah kekuatan…

76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan

[ad_1] 76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan KUALA TERENGGANU, 17 Mei (Bernama) — Sebanyak…