Posted On 2 July 2026

BN Teruskan Kempen Berhemah, Jangan Layan Serangan Peribadi – Khairy

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> BN Teruskan Kempen Berhemah, Jangan Layan Serangan Peribadi – Khairy

BN Teruskan Kempen Berhemah, Jangan Layan Serangan Peribadi – Khairy

BATU PAHAT, 2 Julai (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berkempen secara berhemah dan tidak melayani serangan peribadi pihak lawan yang mungkin menganggap gabungan itu sebagai ancaman.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata BN perlu mengekalkan kempen yang matang tanpa unsur hasutan atau serangan peribadi bagi meraih kemenangan.

“Jangan beri harapan, jangan menghasut, jangan lakukan serangan peribadi dan jangan semai kebencian ketika berkempen. Kekalkan status berkempen secara mulia dengan perancangan-perancangan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas program Lunch Hour With KJ x NS di sini hari ini yang turut dihadiri calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri.

Menyentuh mengenai pengundi muda, Khairy berkata BN mempunyai pendekatan tersendiri untuk mendekati pengundi kali pertama berusia 18 tahun dan golongan 20-an yang mungkin tidak melalui fasa kejayaan BN sebelum ini.

“Golongan ini tidak mengenali sejarah BN, kita akan memperjuangkan hala tuju mereka dengan menyediakan beberapa inisiatif seperti peluang pekerjaan dan memiliki rumah serta bantuan untuk melanjutkan pengajian kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Najib berharap pengundi dapat memberi kepercayaan kepadanya berdasarkan rekod penyelesaian beberapa projek sakit di kawasan berkenaan.

“Setelah empat tahun menjadi wakil rakyat di kawasan ini, beberapa projek tertangguh telah berjaya diselesaikan antaranya pembinaan sekolah, naik taraf jalan dan terbaharu, projek tebatan banjir,” katanya.

Dalam misi mempertahankan kerusi Parit Yaani pada PRN kali ini, Mohamad Najib berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Md Ezam Md Taslim.

Sebanyak 172 calon bertanding pada PRN Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai. Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Pengertian ibadah Haji dan Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim…

Awas, Hujan Lebat Di 10 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Awas, Hujan Lebat Di 10 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)…

Manfaat Menunaikan Ibadah Haji » Nabawi Mulia

[ad_1] Menunaikan ibadah haji adalah kewajiban dalam ajaran Islam yang merupakan bagian dari rukun Islam…