Posted On 13 May 2026

Tengku Hassanal Berjaya ‘Tawan’ Puncak Gunung Kinabalu Hari Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Tengku Hassanal Berjaya ‘Tawan’ Puncak Gunung Kinabalu Hari Ini

KUNDASANG, 13 Mei (Bernama) — Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama rombongan berjaya ‘menawan’ puncak Gunung Kinabalu, pada 8.45 pagi hari ini.

Penolong Pengurus Taman, Unit Penyelamatan dan Krisis, Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Julaimin Kamin berkata Tengku Hassanal bersama rombongan memulakan pendakian pada 3.07 pagi selepas tiba di Panalaban pada 3.45 petang semalam.

“Baginda tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat pada 5.05 pagi sebelum meneruskan pendakian di Kilometer 8.5 pada 6.37 pagi dan tiba di puncak Kinabalu bersama rombongan pada 8.45 pagi,” katanya kepada Bernama.

Julaimin berkata keadaan cuaca semasa mendaki sangat baik iaitu pada kira-kira 9.0 Celsius dan proses pendakian berjalan dengan selamat dan lancar.

Kredit: Julaimin Kamin Via Bernama

Beliau berkata Tengku Hassanal bersama rombongan meluangkan masa hampir sejam berada di puncak Kinabalu sebelum turun semula ke Panalaban pada 9.30 pagi.

Semalam, Tengku Hassanal mengetuai rombongan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Pendakian bermula dari Pondok Timpohon pada 8.05 pagi semalam sebelum baginda bersama rombongan tiba kawasan penginapan di Panalaban pada 3.45 petang.

Sepanjang laluan pendakian, terdapat tujuh pondok perhentian untuk pendaki berehat iaitu Pondok Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Paka dan Waras.

Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095.2 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan terletak dalam kawasan Taman Kinabalu seluas 754 kilometer persegi.

Taman Kinabalu yang diwartakan pada 1964 berfungsi sebagai kawasan konservasi biodiversiti dan merupakan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pertama negara.

Kini, Taman Kinabalu turut mendapat pengiktirafan sebagai kawasan teras dalam Geopark Global UNESCO Kinabalu (KUGGp) yang meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi merangkumi Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian Ranau.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

KPT Sedia Bantu Pelajar Malaysia Di Iran Untuk Ditempatkan Di IPT Tempatan

[ad_1] KPT Sedia Bantu Pelajar Malaysia Di Iran Untuk Ditempatkan Di IPT Tempatan KUANTAN, 21…

Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini

[ad_1] Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini Kebawah…

Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa

[ad_1] Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa BUKIT MERTAJAM, 26…