Posted On 6 October 2026

Pelajar Tingkatan Satu Ditemukan Parah Di Sekolah Kini Sedar – Fadhlina

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Pelajar Tingkatan Satu Ditemukan Parah Di Sekolah Kini Sedar – Fadhlina

Pelajar Tingkatan Satu yang ditemukan terbaring parah berhampiran tangga sebuah sekolah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Ahad lalu, dilaporkan sudah sedarkan diri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pelajar berkenaan kini sedang menerima rawatan serta pemantauan rapi di hospital.

“Saya mengikuti rapat perkembangan anak ini sejak dimaklumkan mengenai kejadian.

“Mohon semua doakan kesembuhan anak ini. Berikan juga ruang kepada keluarga dan pihak berkuasa sementara siasatan masih berjalan.

“Dalam mengejar pencapaian anak-anak, jangan sampai kita terlepas pandang apa yang sedang mereka tanggung dalam diam. Semoga dipermudahkan semuanya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad lalu, pelajar lelaki berkenaan ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga Blok E sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian itu disedari seorang guru yang kemudian memaklumkannya kepada guru penolong kanan sesi petang sebelum polis dihubungi.

Menurutnya, ketika ditemukan, pelajar berkenaan masih sedar dan boleh bercakap sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

Fadhlina turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan pelajar berkenaan serta memberikan ruang kepada keluarga dan pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan…

Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa

[ad_1] Zoo Di Denmark Minta Derma Haiwan Tidak Diingini Sebagai Makanan Pemangsa AALBORG  — Sebuah…

Malaysia Hubungi Iran Minta Laluan Selat Hormuz Tidak Ditutup – Mohamad

[ad_1] Malaysia Hubungi Iran Minta Laluan Selat Hormuz Tidak Ditutup – Mohamad   KUALA LUMPUR,…