Posted On 4 October 2025

TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998



TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998

KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) — Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.25 bilion kepada 66,992 usahawan di Sabah sejak 1998 sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa usahawan mikro di negeri itu.

TEKUN Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak RM95 juta disalurkan kepada 1,750 usahawan Sabah bagi tahun ini sahaja.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata bantuan pembiayaan yang disalurkan diharap dapat membantu usahawan memperkukuh operasi dan meluaskan pasaran perniagaan masing-masing.

“Semoga usahawan yang menerima cek pembiayaan pada hari ini menggunakan peruntukan itu sewajarnya dalam mengembangkan perniagaan. Para usahawan di luar sana yang masih tercari-cari sumber kewangan untuk modal pusingan perniagaan boleh hadir ke pejabat TEKUN Nasional berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Semalam, 10 usahawan Sabah menerima pembiayaan berjumlah RM29,000 pada Majlis Taklimat Pembiayaan TEKUN Nasional dan Perjumpaan Usahawan yang berlangsung di Dewan Gopog, Tanginambur, Tanginambur Kota Belud.

TEKUN Nasional turut menyasarkan untuk membantu 40,300 usahawan mikro di seluruh negara tahun ini melalui peruntukan RM330 juta seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025, termasuk RM150 juta khusus untuk 5,300 usahawan Sabah.

Sejak beroperasi 27 tahun lepas, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan bernilai RM10.76 bilion kepada 606,049 usahawan di seluruh negara.

Sumber: Bernama

BACA: Selangor Sediakan Bantuan Sebaik Sukarelawan GSF Pulang Ke Tanah Air

BACA: “Saya Bersedia,” Video Persediaan Farah Lee Sebelum Ditahan Buat Ramai Sebak

The post TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998 appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras (DBKL) RM200 Sebulan

Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras (DBKL) RM200 Sebulan Dewan…

Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

[ad_1] Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini KUALA LUMPUR,…

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Jan – METMalaysia

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Jan – METMalaysia KUALA LUMPUR, 18…