Posted On 6 June 2025

Pemberhentian Petugas Petronas Banyak Babit Pekerja Kontrak – PM Anwar

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Pemberhentian Petugas Petronas Banyak Babit Pekerja Kontrak – PM Anwar


Pemberhentian Petugas Petronas Banyak Babit Pekerja Kontrak – PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) — Pemberhentian petugas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kebanyakannya melibatkan tenaga kerja kontrak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia banyak yang kontrak,” kata beliau secara ringkas ketika diminta mengulas laporan Petronas akan memberhentikan kira-kira 5,000 tenaga kerjanya sebagai langkah penstrukturan semula.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz dilaporkan berkata Petronas akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak dan gas nasional itu.

Tengku Muhammad Taufik turut menafikan bahawa syarikat milik negara itu akan keluar daripada perniagaannya di Kanada.

Petronas sebelum ini dilaporkan berkata ia perlu ‘menyesuaikan saiz’ tenaga kerjanya bagi memastikan kelangsungan syarikat dalam beberapa dekad akan datang.

Petronas mempunyai hampir 50,000 pekerja, menurut laman sesawangnya.

Sumber: BERNAMA

The post Pemberhentian Petugas Petronas Banyak Babit Pekerja Kontrak – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Dua Mangsa Kemalangan Simpang Renggam Penerima Pertama LINDUNG 24 Jam

Dua Mangsa Kemalangan Simpang Renggam Penerima Pertama LINDUNG 24 JamKUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) --…

Hasil Tangan Je, Tapi 5 Perkara Ini Dah Cukup Buktikan Kenapa Produk Kraftangan Bernilai Tinggi

Pernah tak korang tengok sesuatu hasil kraftangan dan pada pandangan pertama, ia nampak macam barang…

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’ Malaysia sememangnya…