Posted On 29 June 2025

Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon


Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon

Acara larian seperti Maraton (42KM) dan Half Maraton (21KM) kini bukan lagi sekadar aktiviti sukan, tetapi menjadi simbol gaya hidup sihat yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ribuan peserta sanggup bangun seawal pagi, berlari berkilometer jauhnya demi menyahut cabaran fizikal dan kepuasan peribadi.

Kebiasaannya, larian seperti ini dimulakan seawal sebelum subuh, flag off diatur sebelum matahari terbit, mengambil kira faktor masa, jarak dan cuaca yang kian panas menjelang siang.

Namun, di sebalik semangat mengejar garisan penamat, satu inisiatif luar biasa telah menyentuh hati ramai. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil ‘turun padang’ seawal pagi sempena Program Larian KL Half 21KM di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bukan sebagai peserta, tetapi sebagai penjaga jiwa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi JAWI, mereka menyediakan perkhidmatan Bas Surau Bergerak, sebuah kemudahan yang amat bermakna buat umat Islam yang menyertai larian ini.

Ia bukan sekadar sebuah bas, tetapi ruang ibadah yang menenangkan jiwa dalam kehangatan suasana sukan.

Dalam beberapa gambar yang dikongsi, kelihatan para pelari menunaikan Solat Subuh secara berjemaah.

Walaupun masih dalam pakaian sukan dan masih berpeluh, tetapi kesemuanya menunaikan Rukun Islam pertama dalam keadaan khusyuk.

Satu pemandangan yang sungguh menyentuh hati dan jarang disaksikan apabila menyaksikan saf dibentuk di tengah kota yang masih sunyi.

Perkara ini menunjukkan dalam kepenatan fizikal, mereka masih mendahulukan kewajipan sebagai umat Islam. Dalam keghairahan mengejar masa, mereka tidak lupa kepada Pencipta masa itu sendiri.

Inilah kemenangan sebenar, bukan hanya pada medal yang digantung di leher, tetapi pada hati yang kekal terikat dengan Allah SWT.

Terima kasih JAWI, kerana hadir sebagai ‘pembimbing’ bahawa solat bukan penghalang aktiviti, tetapi penguat semangat dalam setiap langkah kehidupan.

Sumber: JAWI

The post Surau Bergerak JAWI Sentuh Jiwa Peserta KL Half Marathon appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api 

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api  WAKAYAMA  — Seekor kucing bercorak tiga…

Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air

[ad_1] Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air Malang tidak berbau, itulah pepatah yang…

Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri

[ad_1] Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri IPOH, 14 Mei (Bernama) —…