Posted On 13 February 2026

Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

Telur merupakan salah satu bahan makanan asas yang ada di setiap isi rumah. Selain mudah untuk dimasak, ia juga mempunyai khasiat dan sumber protein yang baik untuk tubuh.

Bagaimanapun, kadang kala telur juga memberi kesan yang buruk jika dimakan dalam keadaan yang sudah tidak elok atau tamat tempoh.

Lebih merisaukan jika telur itu telah dijangkiti bakteria Pseudomonas.

Untuk pengetahuan, bakteria ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dalam tubuh.

Ikuti perkongsian Public Health Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Cantik macam pelangi tapi ini telur paling bahaya

Pernah tak anda pecahkan telur, tiba-tiba nampak putih telur tu berkilau-kilau warna hijau, pink, atau ada efek ‘pelangi’ (iridescent)?

Jangan terpesona. Itu bukan telur kayangan. Itu tanda telur tu dah dihuni oleh bakteria Pseudomonas.

Kenapa dia berwarna-warni?

Bakteria Pseudomonas (terutamanya P. aeruginosa) menghasilkan pigmen khas (Pyoverdine & Pyocyanin) yang bersifat ‘fluorescent’. Bila kena cahaya, dia akan nampak bersinar-sinar atau bertukar warna.

Adakah bahaya?

SANGAT BAHAYA

Bakteria ini bukan kuman calang-calang.

1. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk (muntah & cirit-birit).

2. Dalam kes yang serius, jika bakteria ini masuk ke dalam darah, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang susah dirawat sebab bakteria ni pandai lawan antibiotik (Antibiotic Resistant).

Apa nak buat kalau jumpa telur macam ni?

BUANG SATU TELUR TU TERUS.

Dan pastikan anda cuci kuali atau mangkuk yang kena telur tu dengan sabun dan air panas untuk matikan kuman.

Jangan sayang 50 sen, melayang nyawa nanti.

Justeru, jangan pandang remeh mengenai kerosakan telur. Jika ada yang tidak kena, elak makan telur tersebut.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Memahami Ibadah Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Bagi setiap muslim, salah satu impian besar yang ingin diwujudkan adalah mengunjungi rumah Allah…

Raikan Musim Krismas Dengan ‘Cozy Cozy Christmas’ Di Sunway Malls

Raikan Musim Krismas Dengan ‘Cozy Cozy Christmas’ Di Sunway Malls Bayangkan melangkah ke ruang di…

Manfaat Menunaikan Ibadah Haji » Nabawi Mulia

[ad_1] Menunaikan ibadah haji adalah kewajiban dalam ajaran Islam yang merupakan bagian dari rukun Islam…