Posted On 14 January 2026

Program Bantuan Sihat Selangor 2026: Inisiatif Kesihatan Rakyat

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Program Bantuan Sihat Selangor 2026: Inisiatif Kesihatan Rakyat

Program Bantuan Sihat Selangor 2026: Inisiatif Kesihatan Untuk Rakyat

Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmen tinggi terhadap kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan Program Bantuan Sihat Selangor (BSS) bagi tahun 2026.

Program ini merupakan sebuah inisiatif khas yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan akses rawatan kesihatan yang diperlukan tanpa terbeban dengan kos rawatan yang tinggi.

Permohonan bagi program ini kini dibuka seperti biasa mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Para pemohon disarankan untuk meneliti garis panduan permohonan dengan teliti bagi memastikan proses semakan berjalan lancar serta memudahkan kelulusan bantuan yang dipohon.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2009, program ini telah melalui beberapa penambahbaikan dari segi kemudahan dan jenis bantuan yang ditawarkan dengan matlamat membantu meringankan beban kos rawatan rakyat Selangor yang memerlukan.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan pelaksanaan program ini berjalan secara teratur dan sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan.

Melalui sokongan berterusan dan pelaksanaan program yang lebih tersusun, Bantuan Sihat Selangor diharapkan dapat memberi peluang kepada rakyat menikmati rawatan yang lebih mudah diakses.

Ianya sekali gus dapat meningkatkan kualiti hidup serta membentuk masyarakat yang lebih sihat, positif dan sejahtera.

Jenis-jenis bantuan dan kemudahan perubatan yang ditawarkan

Program Bantuan Sihat Selangor menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan bagi memenuhi keperluan pesakit mengikut kategori rawatan. Setiap bantuan diluluskan berdasarkan saranan profesional perubatan dan tertakluk kepada prosedur hospital kerajaan.

1. Katarak mata

Bantuan ini meliputi pembelian kanta mata dan kos pembedahan katarak sehingga RM1,200. Kanta mata akan dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi terpilih yang menawarkan harga terbaik di pasaran.

Pembayaran dibuat secara one-off terus kepada hospital atau pembekal. Ianya bertujuan untuk bagi memastikan proses rawatan berjalan lebih cepat dan teratur tanpa membebankan pesakit.

2. Pembedahan kecil

Bantuan kemudahan pembedahan kecil diberikan sehingga RM5,000. Ia merangkumi kos pembedahan, pembelian peralatan perubatan atau kedua-duanya sekali.

Semua prosedur hanya dilaksanakan di Hospital Kerajaan dan pembayaran dibuat terus kepada pihak hospital atau pembekal peralatan yang berdaftar bagi memastikan ketelusan serta ketepatan penggunaan dana bantuan.

3. Prostetik (Kaki palsu)

Program ini turut membantu golongan OKU atau pesakit yang memerlukan alat sokongan mobiliti melalui bantuan pembelian kaki palsu sehingga RM5,000.

Permohonan boleh dibuat bagi pembelian peralatan atau kos rawatan berkaitan berdasarkan saranan pakar perubatan. Bantuan ini bertujuan membantu pesakit mendapatkan semula fungsi pergerakan dan membina keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan harian dengan lebih berdikari.

4. Rawatan kanser

Bantuan rawatan kanser pula meliputi kos ubat, rawatan sokongan serta peralatan perubatan yang disyorkan oleh hospital kerajaan sehingga RM5,000.

Ia dirangka bagi membantu pesakit kanser yang memerlukan rawatan berterusan terutama mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai perlindungan insurans kesihatan yang mencukupi.

5. Fisioterapi pasca hospitalisasi

Bantuan rawatan fisioterapi diberikan sehingga RM5,000 bergantung kepada saranan doktor hospital kerajaan.Rawatan ini amat penting bagi pesakit yang memerlukan sesi pemulihan selepas pembedahan, kemalangan ataupun mengalami masalah saraf dan tulang.

Dengan adanya rawatan fisioterapi yang berterusan, proses penyembuhan dapat berjalan dengan lebih konsisten, teratur dan berkesan.

6. Bantuan rawatan penyakit tibi

Pesakit tibi yang sedang menjalani rawatan aktif boleh memohon bantuan sehingga RM800 di bawah Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor.

Bantuan ini meliputi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan, klinik kesihatan, pusat perubatan swasta di Selangor atau Institut Perubatan Respiratori bagi memastikan mereka dapat meneruskan rawatan sehingga sembuh sepenuhnya.

7. Lain-lain bantuan rawatan perubatan

Selain kategori utama, program ini turut menyediakan bantuan sehingga RM5,000 bagi peralatan perubatan dan rawatan lain yang dilaksanakan di Hospital Kerajaan.

Pembayaran turut dibuat secara one-off kepada hospital atau pembekal yang terlibat bagi memastikan urusan rawatan pesakit tidak tertangguh.

Syarat-syarat kelayakan permohonan

Pemohon perlu memenuhi kriteria berikut yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri:

  • Lahir di Selangor atau bermastautin di negeri ini melebihi 10 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Keutamaan diberi kepada:
    • pemohon yang tidak menerima bantuan lain

    • mempunyai tanggungan ramai

    • ketua keluarga meninggal dunia

    • pesakit kronik atau ahli keluarga OKU

Selain itu, syarat tambahan turut dikenakan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kes yang benar-benar memenuhi keperluan rawatan, antaranya:

  • Rawatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan bagi kategori katarak, kanser, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan
  • Permohonan pembedahan kecil & katarak perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh pembedahan
  • Tuntutan bayaran balik bagi bil yang telah dilangsaikan tidak dipertimbangkan
  • Kos perjalanan dan sumbangan kewangan tidak termasuk dalam bantuan
  • Penjawat awam serta keluarga di bawah takrif Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21/2009 tidak layak dipertimbangkan
  • Setiap pemohon hanya dibenarkan satu permohonan setahun
  • Pemohon yang telah menerima bantuan PEKA B40 tidak layak memohon
  • Permohonan ubat-ubatan yang boleh diperoleh di hospital awam tidak dipertimbangkan

Syarat-syarat ini digariskan bagi memastikan keutamaan diberikan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan.

Cara memohon Program Bantuan Sihat Selangor 2026

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi Bantuan Sihat Selangor dengan langkah berikut:

  • Layari laman web rasmi-
  • Semak syarat kelayakan- Pastikan anda memenuhi syarat lahir / bermastautin melebihi 10 tahun serta pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Lengkapkan borang permohonan online- Masukkan maklumat diri, maklumat keluarga dan butiran rawatan perubatan yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad

    • Slip pendapatan (jika ada)

    • Surat laporan / saranan doktor

    • Dokumen berkaitan rawatan

  • Hantar permohonan melalui portal dan tunggu makluman status kelulusan daripada pihak pengurusan program.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam Program Bantuan Sihat Selangor ialah keutamaan permohonan akan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan lain.

Khususnya mereka yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan bagi tujuan rawatan perubatan. Selain itu, permohonan bagi pembedahan dan rawatan khusus hendaklah dibuat lebih awal daripada tarikh rawatan bagi memastikan proses semakan, pengesahan dan kelulusan dapat dilakukan dengan lancar.

Setiap pemohon juga hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja dalam tempoh setahun.

Dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan ini, proses permohonan akan menjadi lebih teratur, sistematik dan secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang kelulusan bantuan yang dipohon.

Program Bantuan Sihat Selangor 2026 merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, tidak terpinggir dalam mendapatkan akses rawatan kesihatan yang berkualiti.

Melalui bantuan ini, diharapkan lebih ramai pesakit dapat meneruskan rawatan tanpa tekanan kewangan sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan.

BACA : Bantuan Usahawan Maju Johor 2026: Panduan & Cara Mohon

The post Program Bantuan Sihat Selangor 2026: Inisiatif Kesihatan Rakyat appeared first on Siakap Keli.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Pentingnya Husnudzon dalam Kehidupan Sehari-hari » Nabawi Mulia

[ad_1] Husnudzon atau sikap berprasangka baik merupakan salah satu akhlak mulia yang sangat dianjurkan dalam…

Makbul Doa Seorang Anak, Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

[ad_1] Makbul Doa Seorang Anak, Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah Hidayah Allah…

Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah 

[ad_1] Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah  Media sosial ketika ini…