Posted On 15 November 2025

PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini



PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1.45 tengah hari untuk memulakan lawatan dua hari ke Sabah.

Beliau dijadual menghadiri Dialog Anak Muda bersama Perdana Menteri pada 2 petang di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang sebelum menghadiri Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Kampung Duvanson, Putatan.⁠

Anwar turut dijadual melawat mangsa kebakaran Kampung Petagas pada 4.20 petang sebelum menghadiri Ceramah Perdana dan makan malam bersama masyarakat Cina Kota Kinabalu di Putera Ballroom, Kampung Padang di sini.

Beliau kemudian akan menghadiri Ceramah Perdana PM Sayang Sabah DUN Petagas pada 8.30 malam di Hotel Pan Borneo diikuti ceramah sama di DUN Inanam di tapak letak kereta Inanam New Township.

BACA: Calon PKS DUN Kiulu Pengsan

Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan Program Ramah Mesra bersama pimpinan masyarakat DUN Tulid pada 10.30 pagi di Padang Kampung Menawo Ulu, Tulid, Keningau dan Program Ramah Mesra di DUN Melalap pada 12.20 tengah hari di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 Nov.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari

Sumber: BERNAMA

The post PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api 

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api  WAKAYAMA  — Seekor kucing bercorak tiga…

Food Map Malaysia: Dari Warisan Jalanan ke Trend TikTok

[ad_1] Merdeka dan Hari Malaysia bukan hanya cuti umum setiap tahun, tetapi peringatan tentang apa…

Wanita Derma Darah 580 Kali Terima Anugerah ‘Medal For Life’

[ad_1] Wanita Derma Darah 580 Kali Terima Anugerah ‘Medal For Life’ KUALA LUMPUR, 14 Jun…