Posted On 18 August 2025

Food Map Malaysia: Dari Warisan Jalanan ke Trend TikTok

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Food Map Malaysia: Dari Warisan Jalanan ke Trend TikTok



Merdeka dan Hari Malaysia bukan hanya cuti umum setiap tahun, tetapi peringatan tentang apa maknanya berdiri bersama sebagai rakyat Malaysia. Dan kalau ada satu perkara yang boleh menyatukan kita, ia pastinya makanan. Dari warung kampung hingga gerai tepi jalan, makanan bukan saja mengisi perut, tapi juga membina persahabatan merentasi budaya, serta sebagai benang halus yang menyatukan kepelbagaian kita.

Hari ini, trend TikTok dan video tular sering mempengaruhi pilihan makanan kita. Jadi persoalannya: adakah kita makan kerana budaya atau kerana populariti?

Soalan itu telah menjadi fokus sesi panel “Populariti vs. Kualiti: Mana Satu Jadi Pilihan?”, bersempena pelancaran redBus Food Map Malaysia, platform baharu untuk membantu pengembara mencari lokasi makanan wajib cuba di seluruh negara.

Panel menampilkan Chin Ren Yi (pengasas bersama myBurgerLab), Hadi Salleh (content creator makanan), dan Krishnan Ramaswami (Ketua Pegawai Perniagaan, redBus), yang berkongsi pandangan tentang hala tuju dunia kulinari Malaysia dan mengapa setiap hidangan ada ceritanya tersendiri.

1. Tradisi Tetap Bernilai Meski di Era TikTok

Sebahagian kedai makan popular hari ini bukan kerana mengikut trend, tetapi kerana berpegang kepada tradisi. Contohnya, Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu yang bermula sebagai kegemaran tepi jalan, dan populariti mereka masih kekal daripada pelanggan setia yang menyebarkan cerita sebenar di media sosial.

2. Makanan Menjadi Faktor Utama Orang Malaysia Merantau

“Makanan menggerakkan kita. Ia antara sebab terbesar rakyat Malaysia mulakan percutian.” – Krishnan Ramaswami, redBus

Ramai rakyat Malaysia memilih destinasi percutian berdasarkan makanan dikawasan itu. Kadang-kadang bukan kerana tarikan pelancongan, tapi kerana satu hidangan. Contohnya, Kafe Bee Hwa, Pulau Pinang. Char kuey teow mereka, digoreng atas api arang, menarik pengunjung dari seluruh negara.

3. Keaslian Tak Hilang, Cuma Berevolusi

“Kita boleh kekal setia pada asal sambil menyesuaikan diri dengan trend.” – Hadi Salleh, Content Creator Makanan

Keaslian tidak bermakna menolak perubahan. Banyak kedai makan kini memberi nafas moden pada rasa tradisi. Contohnya, Village Park, Damansara Uptown. Terkenal dengan nasi lemak ikonik, ia kekal menjadi pilihan rakyat jelata hingga tidak mengira kedudukan serta bertahan tanpa gimik, hanya dengan konsistensi rasa.

4. Rasa Tempatan Buatnya Istimewa

Setiap negeri mempunyai identiti rasa sendiri, dibentuk oleh bahan tempatan, budaya dan komuniti. Contohnya, hidangan Kancil Raja Patin HQ, Temerloh. Patin tempoyak dengan resipi 13 ramuan turun-temurun jadi bukti rasa itu mewakili jiwa sesuatu tempat.

5. Fusion Dah Lama Jadi Identiti Malaysia

Fusion bukan trend baru. Sejak berabad lalu, Malaysia sudah menggabungkan masakan Cina, Melayu, India, dan kolonial. Hidangan ikonik kita hari ini lahir daripada pertukaran budaya berterusan. Contohnya: Jonker 88, Melaka. Laksa Baba dan Nyonya di sini jadi simbol sejarah dan selera yang masih relevan.

Satu Negara, Seribu Rasa

Budaya makanan Malaysia bukan sekadar tentang kepelbagaian, tapi juga tentang cerita di sebaliknya. Setiap hidangan adalah kisah penghijrahan, adaptasi, dan kenangan.
redBus Food Map Malaysia kini bersedia jadi panduan untuk pencinta makanan, daripada warisan jalanan hingga lokasi makan terkini.

Rancang trip makan seterusnya dengan kod FOODMAP untuk diskaun RM10 tiket bas melalui aplikasi atau laman web redBus.

The post Food Map Malaysia: Dari Warisan Jalanan ke Trend TikTok appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah 

[ad_1] Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah  Media sosial ketika ini…

Mall Luar Negara Lagi Strict, Ternyata Ini Sebab Joran & Kayu Dilarang Masuk Pusat Beli Belah

[ad_1] Mall Luar Negara Lagi Strict, Ternyata Ini Sebab Joran & Kayu Dilarang Masuk Pusat…

Manasik Umroh Sarana Memantapkan Persiapan Ibadah Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Manasik umroh merupakan kegiatan simulasi pelaksanaan ibadah umroh yang dilakukan sesuai dengan tata cara…