Posted On 8 October 2025

Penembak “Cool” Turkiye Curi Perhatian Lagi, Rangkul Pingat Emas

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Penembak “Cool” Turkiye Curi Perhatian Lagi, Rangkul Pingat Emas



Penembak “Cool” Turkiye Curi Perhatian Lagi, Rangkul Pingat Emas

Penembak viral Turkiye, Yusuf Dikec sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyapu bersih pingat emas di kejohanan European Champions League of Air Weapons 2025, yang berlangsung di Istanbul hujung minggu lalu.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, Yusuf bersama rakan sepasukan Mustafa Inan menewaskan pasukan Jerman di peringkat akhir untuk menghadiahkan pingat emas buat negaranya.

“Mewakili negara di hadapan penyokong sendiri, dengan kejohanan diadakan buat pertama kali di Istanbul, adalah satu penghormatan besar.

“Lebih manis apabila kami dapat menang emas di sini,” katanya kepada Türkiye Today selepas pertandingan.

‘John Wick’ Turkiye

Sebelum ini, penembak Turkiye itu mencipta sensasi pada temasya Olimpik Paris 2024, apabila beliau memenangi pingat perak dalam acara pistol angin 10 meter berpasukan campuran bersama Şevval İlayda Tarhan.

Lebih-lebih lagi, gayanya yang menembak secara bersahaja turut mencuri perhatian ramai.

Kemenangan itu bukan sahaja mencatat sejarah sebagai pingat pertama Turki dalam sukan menembak di Olimpik, malah menjadikan Dikeç atlet tertua negara itu yang memenangi pingat Olimpik

Yusuf dijadualkan beraksi semula di Kejohanan Dunia Menembak ISSF (Rifle/Pistol) yang bakal berlangsung di Kaherah, Mesir pada November ini.

Sumber: Olympic

BACA: Kakitangan Tersilap Muat Naik Dokumen – FAM

BACA: Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan FIFA Tak Tepat – FAM

BACA: 20 Pelumba Terbaik Berentap Di Grand Final Toyota GR Malaysia eRacing

The post Penembak “Cool” Turkiye Curi Perhatian Lagi, Rangkul Pingat Emas appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

3 Perbedaan Haji dan Umroh yang Mendasar » Nabawi Mulia

[ad_1] Haji dan umroh merupakan dua bentuk ibadah yang sangat mulia dalam ajaran agama Islam.…

Mengenang 10 Tahun Gempa Sabah, Malim Gunung Kongsi Detik Tragedi

[ad_1] Mengenang 10 Tahun Gempa Sabah, Malim Gunung Kongsi Detik Tragedi Tarikh 5 Jun 2015…

Lebih Setengah Juta Dewasa Hidap Empat Penyakit Tidak Berjangkit – Dzulkefly

Lebih Setengah Juta Dewasa Hidap Empat Penyakit Tidak Berjangkit - DzulkeflyKUALA LUMPUR, 25 April (Bernama)…