Posted On 21 May 2026

Ekspo IP Taiwan Buka Lembaran Baharu Kerjasama Kreatif Taiwan–Malaysia

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Ekspo IP Taiwan Buka Lembaran Baharu Kerjasama Kreatif Taiwan–Malaysia

Ekspo IP Taiwan Buka Lembaran Baharu Kerjasama Kreatif Taiwan–Malaysia

Ekspo IP Taiwan 2026 di Malaysia anjuran Taiwan Creative Content Agency (TAICCA) secara rasminya membuka tirai hari ini di Oasis Avenue, Sunway Pyramid. Susulan sambutan memberangsangkan serta kejayaan komersial edisi sulungnya di Malaysia tahun lalu, ekspo ini meneruskan kerjasama bersama Malaysia Creative Intellectual Property (MYCIP) bagi memperkukuhkan hubungan industri kandungan kreatif antara Taiwan dan Malaysia.

Edisi tahun ini menggabungkan pengalaman pameran dagang serta peluang pemadanan perniagaan, dengan menghimpunkan 12 IP karakter asal dari Taiwan bersama 12 kolaborasi rentas sempadan Taiwan–Malaysia yang dipersembahkan buat pertama kali. Dengan Malaysia berperanan sebagai pintu masuk strategik serantau, ekspo ini bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada IP asal Taiwan untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara.

“Malaysia bukan sahaja sebuah pasaran penting bagi IP asal Taiwan untuk menembusi Asia Tenggara, malah rakan strategik dalam memacu kerjasama kreatif dan budaya di peringkat serantau. Taiwan dan Malaysia berkongsi banyak persamaan dari segi latar budaya serta landskap industri. Ini memberi keyakinan besar kepada kami terhadap potensi masa depan dalam kerjasama pelesenan IP serta pertukaran industri antara kedua-dua pihak.”

“Selain membawa 12 IP karakter asal Taiwan ke Malaysia, untuk tahun ini kami turut memperkukuhkan aspek pemadanan perniagaan, kolaborasi rentas sempadan dan kerjasama dagang. Melalui usaha ini, kami berharap IP asal Taiwan bukan sahaja mampu meningkatkan keberadaan jenama, malah berjaya memasuki pasaran serantau dan mencipta lebih banyak peluang bersama rakan-rakan kami di Malaysia,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TAICCA, Yang Chung-Tian.

Mengembangkan IP Taiwan ke Asia Tenggara Melalui Malaysia

Ekspo tahun ini menampilkan 12 IP asal Taiwan yang dipilih khusus, merangkumi karakter berkonsepkan menceriakan, dunia berinspirasikan haiwan peliharaan, rekaan kontemporari serta penceritaan bergambar. Antara IP yang menjadi tumpuan adalah:

  • Kittensisland, antara IP paling berjaya semasa kemunculan pertamanya di Malaysia tahun lalu dengan catatan jualan kedua tertinggi sepanjang acara;

  • Takokuma, IP yang berjaya menembusi pasaran Jepun dan Korea menerusi animasi asli serta penceritaan bergambar; dan

  • Kuroro Space Exploration Team, yang mengukuhkan ramai pengikut di Thailand, Australia, Malaysia dan Singapura menerusi penerbitan buku serta barangan.

Selain pameran produk, acara kali ini turut memberi penekanan lebih besar terhadap aspek komersial dan integrasi pasaran, sekali gus membolehkan IP Taiwan berinteraksi dengan lebih aktif bersama pengguna, pencipta dan rakan perniagaan tempatan.

Kemunculan Pertama 12 Kolaborasi Taiwan–Malaysia, Menampilkan Kreativiti Rentas Budaya

Salah satu tarikan utama tahun ini ialah penganjuran kali pertama Pameran Seni Rentas Taiwan–Malaysia yang menampilkan 12 karya kolaboratif melibatkan kreator dari kedua-dua pasaran. Kerjasama ini memberi nafas baharu kepada karakter asal menerusi perspektif rentas budaya dengan menggabungkan identiti kreatif Taiwan bersama elemen budaya Malaysia.

Antara pencipta Malaysia terkemuka yang terlibat termasuklah Bichi Mao, webcomic tempatan Relaxed Comics, pereka Jefferson Ng serta bakat-bakat baharu daripada arena ilustrasi dan reka bentuk tempatan.

“Kerjasama ini membuka ruang kepada kedua-dua industri untuk melihat sendiri potensi komersial dalam pelesenan IP dan kolaborasi rentas sempadan. Malaysia mempunyai kelompok bakat kreatif yang kuat, manakala Taiwan pula memiliki pengalaman luas dalam pembangunan IP serta pengembangan antarabangsa. Melalui platform ini, kami melihat potensi besar untuk lebih banyak kolaborasi jenama, pembangunan produk dan peluang serantau pada masa hadapan,” kata Presiden Malaysia Creative Intellectual Property (MYCIP), Lau Shaw Ming.

Pemadanan Perniagaan dan Penglibatan Awam Mengukuhkan Ekosistem IP

Di samping pameran, ekspo ini turut menampilkan sesi pemadanan perniagaan yang menghubungkan pemegang taruh merentasi industri penjenamaan, peruncitan, pelesenan, penerbitan dan kandungan. Berbanding tahun lalu, skala penyertaan industri kali ini turut meningkat, mencerminkan permintaan yang semakin berkembang terhadap IP asal dan kandungan berlesen di Asia Tenggara.

Pelawat awam yang hadir ke pameran ini juga boleh alami pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan termasuk:

  • Permainan yang dikuasakan AR

  • Kemunculan maskot karekter

  • Sesi perkongsian pencipta kandungan

  • Pameran barangan eksklusif

Selain itu, TAICCA juga menjalinkan kerjasama dengan Sunway Pyramid bagi kempen berbelanja dan tebus, bagi menarik pengunjung datang ke pameran, seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti tapak yang disediakan.

Dari Pameran ke Lokalisasi: Membina Pertumbuhan IP Jangka Panjang 

Barisan IP Taiwan kini semakin berkembang melangkaui sekadar pameran karakter kepada lokalisasi dan pembangunan pasaran yang lebih mendalam. Sebagai contoh, Kittensisland telah memulakan pembangunan kandungan tempatan di Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada tradisi perayaan masyarakat majmuk negara ini bagi menghasilkan produk dan rekaan khusus untuk pasaran tempatan.

Seiring pertumbuhan ekonomi kreatif dan industri IP, karakter asal kini tidak lagi terhad sebagai identiti visual semata-mata, sebaliknya berkembang ke dalam bidang penerbitan, animasi, runcit, kolaborasi jenama serta pengalaman interaktif. Taiwan IP Expo Malaysia 2026 berfungsi sebagai platform tersusun yang menghubungkan ekosistem kreatif Taiwan dengan Asia Tenggara, sekali gus membuka peluang baharu kepada pencipta, jenama dan pemain industri di kedua-dua rantau.

Ekspo lima hari ini berlangsung sehingga 24 Mei 2026 dan dibuka kepada orang ramai di Oasis Avenue, Sunway Pyramid, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk meneroka pameran, menikmati paparan interaktif serta mendapatkan barangan eksklusif.

Kolaborasi IP Taiwan–Malaysia Terpilih

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Kenyataan METMalaysia Berhubung Jerebu Rentas Sempadan

[ad_1] Kenyataan METMalaysia Berhubung Jerebu Rentas Sempadan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan terdapat 79 titik panas…

KPDN P.Pinang Tumpas Penyelewengan Diesel Bernilai Lebih RM300,000

KPDN P.Pinang Tumpas Penyelewengan Diesel Bernilai Lebih RM300,000BUKIT MERTAJAM, 5 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan…

BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar

BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar Perdana Menteri, Datuk Seri…