Posted On 24 July 2026

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS – PM Anwar

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS – PM Anwar

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS – PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

Beliau berkata kerajaan mengambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh AS berkaitan kadar tarif itu dan melihatnya sebagai perkembangan yang melegakan berikutan kadarnya secara relatif adalah rendah.

Bagaimanapun, Anwar berkata rundingan lanjut akan diteruskan untuk memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

“Perundingan diteruskan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Kalau kita tidak dapat jawapan yang memuaskan, kita akan bangkitkan lagi.

“Sekurang-kurangnya, kita rasa lega kerana tarif secara relatif adalah rendah berbanding kebanyakan negara lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Media melaporkan Malaysia merupakan antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 AS susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Selain Malaysia, Kemboja dan Indonesia turut dikenakan kadar duti 10 peratus, menurut kenyataan Wakil Perdagangan AS (USTR) Duta Jamieson Greer.

USTR memaklumkan tindakan itu diambil di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 terhadap 60 ekonomi susulan siasatan mendapati mereka gagal melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Pada masa yang sama, USTR memaklumkan semua ekonomi lain dikenakan kadar duti Seksyen 301 sebanyak 12.5 peratus manakala Malaysia turut layak dipertimbangkan bagi pelaksanaan kuota kadar tarif berdasarkan import input dari AS bagi menggalakkan peningkatan penggunaan kapas dan produk tekstil dari negara itu.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Mufti WP Perjelas Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat

Mufti WP Perjelas Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan ZakatZakat adalah rukun Islam…

Gaza: Umat Islam Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Al-Kenz Yang Rosak Teruk

[ad_1] Gaza: Umat Islam Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Al-Kenz Yang Rosak Teruk SEMENANJUNG GAZA…

Pengertian ibadah Haji dan Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim…