Posted On 23 July 2025

Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar


Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar

Sebuah insiden mencemaskan berlaku di bandar Quezon, Manila tular di media sosial.

Seorang bapa sanggup mempertaruhkan nyawa dengan terjun ke dalam arus deras demi menyelamatkan anak lelakinya yang masih kecil.

Kejadian itu berlaku apabila si kecil sedang berlari mengejar bapanya. Dia kemudian tergelincir dan terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang dipercayai terbentuk akibat kerja-kerja pembinaan jalan.

Malangnya, lubang tersebut dipenuhi air deras akibat banjir.

Tanpa berfikir panjang, si bapa segera berpatah balik dan terjun ke dalam lubang itu untuk menyelamatkan anaknya yang sedang dihanyutkan arus deras.

Orang awam yang menyaksikan detik mencemaskan itu turut tampil membantu, berjaya menarik keluar kedua-dua beranak tersebut dari air.

@straitstimes

A father in Manila’s Quezon city leaped into a raging torrent to save his toddler son who had fallen into a gaping hole from a road construction. TyphoonWipha typhoon weather Quezon Manila Philippines

♬ original sound – The Straits Times – The Straits Times

Tindakan pantas si bapa telah mendapat pujian ramai. Ramai netizen memuji keberaniannya yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan anak tercinta.

Untuk info, banjir telah melanda ibu negara Filipina pada Selasa, memaksa puluhan ribu penduduk berpindah dan menyebabkan sekolah serta pejabat kerajaan ditutup.

Sekurang-kurangnya enam orang telah meninggal dunia dan enam lagi masih hilang selepas Taufan Tropika Wipha melintasi negara itu pada Jumaat, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara.

Penduduk di Manila dikejutkan dengan air banjir separas betis pada pagi Selasa, yang memenuhi kawasan rumah mereka selepas hujan lebat pada waktu malam menyebabkan Sungai Marikina melimpah.

BACA: Banjir Landa Filipina, Puluhan Ribu Penduduk Dipindahkan

Sumber: The Straits Times

The post Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar appeared first on Siakap Keli.





Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Kemunculan Dabbah Menjelang Kiamat » Nabawi Mulia

[ad_1] Keberadaan makhluk misterius bernama dabbah telah disebutkan dalam ayat suci Al-Qur’an sebagai salah satu…

OMODA Dan JAECOO Perkukuh Momentum 2026, Model J5 Bakal Diperkenalkan

OMODA Dan JAECOO Perkukuh Momentum 2026, Model J5 Bakal Diperkenalkan OMODA & JAECOO Malaysia terus…

Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan

[ad_1] Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan ANKARA,…