Posted On 20 July 2026

Ismail Izzani Kembali Dengan “ONE ON ONE”, Pembuka Babak Baharu Menuju Album Penuh

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Ismail Izzani Kembali Dengan “ONE ON ONE”, Pembuka Babak Baharu Menuju Album Penuh

Ismail Izzani Kembali Dengan “ONE ON ONE”, Pembuka Babak Baharu Menuju Album Penuh

Selepas beberapa tahun meneroka pelbagai warna muzik dan terus mengukuhkan namanya dalam industri, penyanyi dan penulis lagu Ismail Izzani kini membuka lembaran baharu menerusi single terbaharunya, “ONE ON ONE”. Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, lagu ciptaan dan terbitan ALYPH ini menjadi pembuka jalan kepada album penuh Ismail yang bakal dilancarkan tahun ini.

Mengangkat tema cinta yang sederhana tetapi penuh makna, “ONE ON ONE” mengisahkan keinginan untuk meluangkan masa bersama insan yang paling disayangi tanpa gangguan dunia luar. Ia merupakan gambaran tentang detik-detik yang paling berharga apabila hanya dua insan berkongsi ruang, masa dan perasaan, menjadikan hubungan itu lebih bermakna.

“Lagu ini sangat straightforward. Ia tentang seseorang yang kita benar-benar sayang dan bagaimana kita hanya mahu meluangkan masa bersamanya, walaupun hanya untuk seketika. Bila bersama orang itu, rasa macam dunia berhenti sekejap dan hanya tinggal kita berdua,” kongsi Ismail.

Single ini turut menyaksikan kerjasama sekali lagi antara Ismail dan ALYPH, yang sebelum ini telah menghasilkan beberapa karya bersama. Namun menurut Ismail, proses kali ini terasa lebih istimewa kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk membina idea dan menghasilkan lagu secara organik.

“Setiap kali masuk studio dengan ALYPH, kami bukan hanya berbual tentang muzik. Kami banyak berkongsi cerita tentang kehidupan dan perkara-perkara peribadi. Hubungan yang rapat itu menjadikan proses menghasilkan lagu lebih mudah dan jujur. ‘ONE ON ONE’ lahir daripada sesi brainstorming kami bersama, dan saya rasa itu yang menjadikan lagu ini lebih dekat dengan diri saya.”

Walaupun ada yang melihat “ONE ON ONE” sebagai mengembalikan aura lagu-lagu awal Ismail seperti Bidadari, penyanyi berusia 26 tahun itu menjelaskan bahawa fokus utamanya bukan untuk mengulangi kejayaan lalu, sebaliknya memperkenalkan identiti muzik yang lebih matang.

“Saya tak mahu orang membandingkan lagu ini dengan karya-karya saya sebelum ini. Setiap lagu mempunyai cerita dan tempatnya yang tersendiri. Bagi saya, ‘ONE ON ONE’ adalah permulaan kepada fasa baharu. Ia memberi gambaran tentang vibe dan arah muzik yang saya ingin bawakan menerusi album akan datang.”

Menurut Ismail, single ini juga mempunyai nilai sentimental kerana menjadi lagu pertama yang dipilih untuk dimuatkan dalam album baharunya. Berbeza dengan beberapa single yang pernah diterbitkan sebelum ini, “ONE ON ONE” menjadi titik permulaan kepada sebuah projek yang telah lama dirancang bersama pasukannya.

Dengan keadaan diri yang lebih matang serta semangat baharu untuk berkarya, Ismail berharap pendengar dapat menerima evolusi muziknya dan menikmati perjalanan yang bakal dibawakan menerusi album tersebut. “Saya harap semua orang boleh rasa vibe lagu ini dan menikmatinya. Saya juga harap mereka terus bersabar kerana saya dan seluruh pasukan sedang bekerja keras untuk menyiapkan album ini. Insya-Allah, banyak perkara menarik sedang menanti.”

“ONE ON ONE” kini boleh distrim di semua platform penstriman digital.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

UM Nafi Fasiliti PET-CT Di PPUM Terdedah Risiko Radiasi

UM Nafi Fasiliti PET-CT Di PPUM Terdedah Risiko Radiasi KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) --…

Togel Online Jackpot: Cerita Pemain yang Beruntung

1. Apa Itu Togel Online Gratis? Togel online gratis biasanya versi simulasi atau demo dari…

Lokasi Nahas Di JRTB Antara Dikenal Pasti Bagi Kerja Naik Taraf Tahun Ini – Nanta

[ad_1] Lokasi Nahas Di JRTB Antara Dikenal Pasti Bagi Kerja Naik Taraf Tahun Ini –…