Posted On 10 January 2026

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’

Malaysia sememangnya tidak asing sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar, ada yang bekerja, dan tidak kurang juga yang sekadar mahu bercuti seketika, lari daripada kesibukan hidup.

Namun, apa yang sering berlaku, ramai pelancong akhirnya meninggalkan Malaysia dengan kenangan manis yang sukar dilupakan. Makanan, budaya, alam semula jadi dan keramahan penduduk tempatan menjadikan Malaysia seolah-olah rumah kedua buat mereka.

Itulah juga yang dirasai oleh seorang pelancong Mat Saleh yang baru-baru ini tular selepas berkongsi keterujaannya ketika berada di Pulau Pinang.

“Saya tak tahu nak jelaskan betapa kecewanya perasaan ini…”

Menerusi satu perkongsian di media sosial, lelaki tersebut meluahkan rasa ‘kecewa’, tapi bukan kerana pengalaman buruk di Malaysia.

Katanya, dia tidak percaya sudah berkali-kali datang ke negara kita, namun baru kali ini mengetahui tentang lokasi indah yang langsung tidak dipenuhi pelancong.

“Malaysia, anda memang buat saya terkesima sekali lagi. Saya tak tahu nak jelaskan betapa kecewanya perasaan ini. Tak sangka selepas berkali-kali datang ke negara ini, tak pernah ada sesiapa pun beritahu saya tentang tempat seindah ini.

“Sekarang saya berada di Pulau Pinang, berbasikal menyusuri sawah padi yang luas terbentang. Tempat ini sepatutnya jadi destinasi seterusnya untuk semua orang.

“Sejujurnya, saya langsung tak faham kenapa tak ada pelancong di sini. Saya satu-satunya orang yang berbasikal,” katanya.

Ketika itu, lelaki berkenaan sedang berada di Pulau Pinang, berbasikal menyusuri kawasan sawah padi dan ladang di bahagian barat pulau tersebut.

Pemandangan hijau yang terbentang luas, pohon palma yang tersusun cantik, serta suasana kampung yang tenang benar-benar membuatkannya terpaku.

“Tapi mana semua pelancong?”

Dengan nada berseloroh, dia mempersoalkan ke mana perginya pelancong lain.

“Korang tak nak tengok ke semua keindahan ini? Atau lebih selesa makan dalam bangunan dan lepak di restoran saja?

“Kalau tanya saya, saya pilih yang ini. Tapi mana semua pelancong? Tak ada siapa pun di sini. Selain saya. Sama ada saya ini terlalu bijak, atau sebenarnya sangat bodoh?

“Hakikatnya, tempat ini memang luar biasa indah dan menakjubkan,” tambahnya.

@hussmeisterau

Penang Island: How to escape the crowds in Malaysia on a bike! [Secret tip!] #balikpulau #penang #penangmalaysia #cycling #bike

♬ original sound – Hussmeister

Apa yang biasa bagi kita adalah luar biasa di mata orang luar

Ini sebenarnya memaparkan keindahan Malaysia yang bukan sekadar di bandar atau tempat tumpuan pelancong. Tetapi, juga tersembunyi di kawasan kampung, sawah padi dan alam semula jadi yang masih terpelihara.

Kadangkala, apa yang kita anggap biasa, rupa-rupanya sangat luar biasa di mata orang luar. Mungkin selepas ini, sebelum mencari destinasi jauh, kita boleh cuba melihat semula keindahan yang ada di halaman sendiri.

BACA: Mat Saleh Bongkar Isi Beg Penuh “Goodies” Dari Malaysia

Sumber: TikTok @hussmeisterau

The post Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’ appeared first on Siakap Keli.


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Ketua Pengarah JAS Didakwa Terima Suapan RM100,000

Ketua Pengarah JAS Didakwa Terima Suapan RM100,000KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ketua Pengarah Jabatan…

Rekap Angka Harian: Catatan Buat yang Teliti

Kalau kamu mau bikin rekap angka harian yang rapi dan teliti, ini format yang biasanya…

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan…