Posted On 21 June 2025

KPT Sedia Bantu Pelajar Malaysia Di Iran Untuk Ditempatkan Di IPT Tempatan

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> KPT Sedia Bantu Pelajar Malaysia Di Iran Untuk Ditempatkan Di IPT Tempatan


KPT Sedia Bantu Pelajar Malaysia Di Iran Untuk Ditempatkan Di IPT Tempatan

KUANTAN, 21 Jun (Bernama) — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia memberi bantuan penempatan pendidikan kepada semua pelajar Malaysia di Iran sekiranya mereka memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan membantu untuk menempatkan mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara berdasarkan kursus akademik masing-masing.

“Mereka merupakan rakyat Malaysia dan dalam keadaan sebegini, adalah menjadi kewajipan kita untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar 2025 di Awangan Palace di sini hari ini.

Ditanya mengenai laporan berita berkenaan empat pelajar Malaysia di Iran yang enggan untuk pulang, beliau berkata pihaknya telah berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan namun tidak dapat mengambil sebarang tindakan jika pelajar berkenaan memilih untuk tidak pulang.

“Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak mahu pulang. Namun, jika mereka berubah fikiran, kita bersedia membantu,” katanya.

Zambry berkata KPT sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dalam menguruskan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara, khususnya ketika berlakunya sebarang krisis.

Semalam media melaporkan, Kementerian Luar dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Sumber: BERNAMA

The post KPT Sedia Bantu Pelajar Malaysia Di Iran Untuk Ditempatkan Di IPT Tempatan appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Tenang Kirim Barang Jakarta-Surabaya dengan BJA Logistic!

Kalau Anda sedang mencari jasa ekspedisi yang bisa dipercaya untuk mengirim barang dari Jakarta ke…

Belia Kedah Ubah Lorong Tercemar Jadi Tarikan Seni Awam Di Alor Setar

[ad_1] Sebuah lorong yang sebelum ini tercemar di Kampung Alor Melong kini bertukar wajah menjadi…

Tiga Makam Mulia di Masjid Nabawi » Nabawi Mulia

[ad_1] Di tengah pusat kota Madinah Al-Munawwarah, tepatnya di dalam kompleks suci Masjid Nabawi, terdapat…