Posted On 7 July 2025

Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air


Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air

Malang tidak berbau, itulah pepatah yang sering digunakan untuk memberi peringatan mengenai kemalangan atau musibah yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka.

Namun, walau kita cuba sehabis baik untuk mengelak darinya, jika ia ditakdirkan berlaku, maka ia tetap akan berlaku.

Bercakap mengenainya, setiap tahun kita akan dikhabarkan dengan berita mengenai kemalangan membabitkan kenderaan yang tenggelam di dalam sungai atau tasik.

Kemalangan itu kebiasaannya akan berlaku kerana kenderaan yang dinaiki terbabas sehingga masuk ke dalam kawasan air tersebut.

Selain langkah proaktif yang perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian seperti ini terus berlaku, kita sebagai pemandu dan penumpang kenderaan juga perlu mengambil iktibar. Kita juga mesti sentiasa bersedia jika menghadapi situasi cemas seperti itu.

BACA: Wajib Ambil Tahu Sebagai Ikhtiar, Ini Cara Nak Selamatkan Diri Jika Kereta Tenggelam Dalam Air

Justeru, Public Health Malaysia menerusi Facebook berkongsi mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kereta terjunam ke dalam sungai.

Terlebih dahulu anda dinasihatkan untuk tidak panik kerana ia akan melambatkan reaksi. Ketika ini, anda perlu fokuskan diri untuk keluar dengan selamat dari kenderaan.

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik sahaja tersedar kereta terjunam adalah dengan mencabut tali pinggang keselamatan.

Anda juga dinasihatkan agar tidak cuba membuka pintu kenderaan kerana tekanan air di luar terlalu kuat, membuatkan pintu tersebut hampir mustahil dibuka.

Selain itu, dalam 30 hingga 60 saat pertama, anda perlu turunkan tingkap dengan segera. Ketika ini sistem elektronik kereta masih lagi boleh berfungsi.

Selepas itu keluar melalui tingkap terbabit dan tolak diri keluar dari kereta secepat mungkin.

Bagaimanapun, jika tingkap itu tidak boleh diturunkan, anda perlu memecahkan tingkap terbabit. Ketika ini, gunakan alat pemecah tingkap, kepala penyandar atau apa sahaja objek keras yang ada.

“Sediakan juga alat kecemasan seperti pemecah tingkap dan pemotong tali pinggang dalam kereta, letak di tempat mudah capai, bukan dalam but,” kata Public Health Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Public Health Malaysia

The post Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

PN Umum Ketua Pembangkang Sebelum Akhir Mac

PN Umum Ketua Pembangkang Sebelum Akhir MacKUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN)…

Main Slot Demo PG Soft Seru Tanpa Harus Deposit

🎰 Main Slot Demo PG Soft Seru Tanpa Harus Deposit! Ingin merasakan serunya bermain slot…

Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia

[ad_1] Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia KOTA BHARU, 20 Sept (Bernama)…