Posted On 27 June 2025

Lima Pelajar MRSM Di Terengganu Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Buli

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Lima Pelajar MRSM Di Terengganu Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Buli


Lima Pelajar MRSM Di Terengganu Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Buli

KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) — Lima pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut.

Perintah reman bermula hari ini hingga Ahad terhadap kesemua remaja berusia 15 hingga 17 itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini.

Kelima-lima pelajar itu ditahan reman bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu dalam kenyataan semalam berkata seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM itu mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, pada 11.30 malam Selasa lepas.

Beliau berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pelajar Terlibat Kes Buli Di MRSM Telah Dibuang – Asyraf

The post Lima Pelajar MRSM Di Terengganu Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Buli appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan

[ad_1] Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan ROMPIN — Sebuah kereta mewah jenis Ferrari…

TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998

[ad_1] TEKUN Nasional Salur RM1.25 Bilion Bantu 66,992 Usahawan Sabah Sejak 1998 KOTA KINABALU, 4 Okt…

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit Mengetahui insan tersayang sedang…