Posted On 2 June 2025

Ukraine Dakwa Musnahkan 41 Pesawat Rusia Dalam Serangan Dron

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Ukraine Dakwa Musnahkan 41 Pesawat Rusia Dalam Serangan Dron


Ukraine Dakwa Musnahkan 41 Pesawat Rusia Dalam Serangan Dron

Ukraine mendakwa telah memusnahkan 41 pesawat Rusia yang bernilai berbilion dolar dalam serangan dron berskala besar, lapor AFP.

Menerusi dakwaan yang mengejutkan itu, Ukraine berkata  pihaknya telah memusnahkan pesawat Rusia bernilai $7 bilion yang diletakkan di empat pangkalan udara beribu-ribu kilometer jauhnya. Menurut AFP, rakaman yang tidak disahkan menunjukkan pesawat terbabit diselubungi api dan asap hitam.

Sumber dalam perkhidmatan keselamatan Ukraine, SBU, berkata dron-dron itu disembunyikan di siling kontena penghantaran, yang kemudiannya dibuka untuk melancarkan serangan.

SBU berkata serangan bersepadu dalam wilayah Rusia itu juga bertujuan untuk memusnahkan pesawat pengebom musuh jauh dari hadapan.

BACA: Juruterbang Kongsi 10 Pemandangan Memukau Dari Kokpit

Akaun di platform Telegram yang rapat dengan tentera Rusia, Rybar, menyifatkan serangan itu sebagai satu ‘tamparan yang sangat besar’ kepada Moscow dan merupakan kesilapan serius oleh perisikan Rusia.

Serangan itu menyasarkan pangkalan udara Rusia di bandar Belaya di timur Siberia, Olenya di Artik berhampiran Finland dan di Ivanovo dan Dyagilevo, kedua-duanya di timur Moscow.

Dakwa mereka, 41 pesawat terkena serangan di pangkalan Belaya dan kebakaran turut tercetus di situ.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan di Telegram bahawa beberapa pesawat tenteranya telah terbakar, sambil menambah tiada kemalangan jiwa berlaku.

Gabenor wilayah Irkutsk di Rusia, Igor Kobzev, berkata ini merupakan serangan pertama seumpamanya di Siberia dan beliau menyeru penduduk agar tidak panik.

Rusia kerap mengumumkan serangan dron oleh Ukraine iaitu hampir setiap hari dan mendakwa semuanya telah ditembak jatuh. Bagaimanapun, jarang serangan dron dilaporkan berlaku sejauh ini ke dalam wilayahnya.

Dalam masa yang sama, Rusia juga terus melancarkan serangan berterusan ke atas Ukraine, lapor AFP.

Tentera udara Ukraine dalam kenyataan berkata bahawa mereka diserang oleh 472 dron Rusia dan tujuh peluru berpandu dalam satu malam sahaja pada Ahad.

Dalam insiden berasingan pada Ahad, tentera Rusia berkata mereka telah menawan sebuah lagi kampung di wilayah Sumy di utara Ukraine. Rusia mendakwa telah menawan beberapa penempatan di wilayah tersebut dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan telah mengumpulkan lebih 50,000 tentera di seberang sempadan.

Dalam kekecohan tersebut, kedua-dua wakil negara itu juga bersiap sedia untuk mengadakan rundingan bagi meneroka kemungkinan proses gencatan senjata.

Sumber: AFP

The post Ukraine Dakwa Musnahkan 41 Pesawat Rusia Dalam Serangan Dron appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Kes Pijak Kepala: Polis Siasat Secara Selari, Tidak Lindung Pegawai – Ayob Khan

Kes Pijak Kepala: Polis Siasat Secara Selari, Tidak Lindung Pegawai - Ayob KhanGEORGE TOWN, 23…

Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

[ad_1] Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini KUALA LUMPUR,…

Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu 

[ad_1] Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu  Kebiasaannya apabila menghadiri mana-mana…