Posted On 26 May 2025

Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China


Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

SEPANG, 26 Mei (Bernama) – Perdana Menteri China Li Qiang tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang diadakan buat julung-julung kalinya di Kuala Lumpur.

Pesawat khas yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.20 tengah hari.

Ketibaan Li dan rombongannya disambut oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Sebaik tiba, Li memeriksa kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Firdaus Mat Hayin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dan esok, serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama.

Sidang Kemuncak ASEAN menghimpunkan pemimpin dari negara anggota untuk membincangkan perkembangan serantau dan melakar hala tuju masa depan perkumpulan serantau itu.

Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu, setelah mempengerusikannya sebelum ini pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sumber: Bernama

BACA: Terkenal Buat “Content” Cuci Masjid, Lelaki Dijemput Arab Saudi Tunai Haji

BACA: Malaysia Nombor 1 Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia

The post Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran…

Rakyat Malaysia Diminta Waspada Tawaran Badal Haji Murah – Tengku Mohd Dzaraif

Rakyat Malaysia Diminta Waspada Tawaran Badal Haji Murah - Tengku Mohd DzaraifRakyat Malaysia diingatkan supaya…

Memahami Ibadah Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Bagi setiap muslim, salah satu impian besar yang ingin diwujudkan adalah mengunjungi rumah Allah…