Posted On 4 January 2026

Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela

Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela

Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, bersama beberapa pemimpin berhaluan kiri di negeri itu, mengecam keras tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, susulan penahanan pemimpin Venezuela, Nicolás Maduro, dan isterinya, Cilia Flores, oleh tentera AS.

Lapor New York Post, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu tindakan perang dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Mamdani pada Sabtu berkata beliau telah menghubungi Trump secara peribadi bagi menyatakan bantahan tegas terhadap operasi ketenteraan yang membawa kepada penahanan Maduro dan Flores, yang sejak 2020 menjadi buruan atas pertuduhan berkaitan narkoterorisme.

“Saya menghubungi presiden dan bercakap secara langsung untuk menyatakan bantahan saya terhadap tindakan ini, yang didorong oleh penentangan terhadap usaha menukar rejim, pelanggaran undang-undang persekutuan dan antarabangsa, serta keperluan untuk konsisten dalam prinsip tersebut setiap masa,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media berasingan di Brooklyn.

Beliau menegaskan bantahan itu merupakan ‘pertembungan’ pertamanya dengan Trump sejak mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York pada Rabu lalu.

“Saya telah menyatakan pendirian saya dengan jelas dan perkara itu berakhir setakat itu,” katanya.

Sebelum itu, Mamdani turut mengecam serbuan berkenaan di platform X selepas menerima taklimat daripada Pesuruhjaya Polis New York (NYPD), Jessica Tisch, dan pegawai kanan bandar mengenai rancangan pemenjaraan Maduro dan Flores di New York.

“Menyerang sebuah negara berdaulat secara unilateral adalah satu tindakan perang dan pelanggaran undang-undang persekutuan serta antarabangsa,” tulisnya.

Menurut Mamdani, usaha terang-terangan menukar rejim bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat di luar negara. Malah, ia turut menjejaskan warga New York, termasuk puluhan ribu komuniti Venezuela yang menetap di bandar itu.

Reaksi pemimpin lain

Ahli Kongres berhaluan kiri, Alexandria Ocasio-Cortez, turut mempersoalkan motif sebenar serbuan tersebut.

Beliau menolak dakwaan bahawa operasi itu berkait dengan isu penyeludupan dadah, yang menurut Trump menyumbang kepada 300,000 kematian setahun di AS.

“Ini bukan tentang dadah. Jika benar, Trump tidak akan memberikan pengampunan kepada salah seorang pengedar dadah terbesar dunia bulan lalu,” tulis wakil rakyat Queens itu di X.

Beliau mendakwa tindakan berkenaan didorong oleh kepentingan minyak dan usaha menukar rejim, selain cubaan mengalihkan perhatian daripada isu lain termasuk kes Epstein dan peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Gabenor New York, Kathy Hochul, turut mengecam operasi yang diluluskan Trump sebagai penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan kerana dilakukan tanpa kelulusan Kongres.

“New York adalah rumah kepada komuniti Venezuela yang dinamik, dan saya berdiri bersama keluarga di sini dan di luar negara yang mengharapkan masa depan lebih baik dan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Majoriti Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries, dan Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer, dalam kenyataan bersama menyifatkan rancangan Trump untuk membolehkan AS mentadbir Venezuela buat sementara waktu sehingga berlaku peralihan kepimpinan sebagai tidak boleh diterima.

Mereka menegaskan pentadbiran Trump perlu segera memberikan taklimat kepada kumpulan “Gang of Eight”, iaitu lapan pemimpin bipartisan yang mengendalikan perkara risikan sulit, diikuti sesi taklimat kepada semua ahli Dewan Perwakilan dan Senat pada awal minggu hadapan.

BACA: Ketahui Apa Yang Terjadi Di Venezuela

Sumber: New York Post

The post Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela appeared first on Siakap Keli.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Awas, Hujan Lebat Di 10 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Awas, Hujan Lebat Di 10 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)…

Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah 

[ad_1] Genius, Ramai Kagum Dua Ahli SOG Boleh Jawab Soalan Susah  Media sosial ketika ini…

Kutipan Papa Zola The Movie Tembus RM50 Juta Dalam 22 Hari

Kutipan Papa Zola The Movie Tembus RM50 Juta Dalam 22 Hari Papa Zola The Movie,…