Posted On 17 April 2026

UM Nafi Fasiliti PET-CT Di PPUM Terdedah Risiko Radiasi

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> UM Nafi Fasiliti PET-CT Di PPUM Terdedah Risiko Radiasi

UM Nafi Fasiliti PET-CT Di PPUM Terdedah Risiko Radiasi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan fasiliti imbasan tomografi pancaran positron-tomografi berkomputer (PET-CT) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terdedah kepada risiko radiasi berbahaya.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum kebimbangan warga kerja berhubung isu kesihatan serius melibatkan diagnosis kanser, namun menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Menurut UM, operasi imbasan PET-CT di pusat perubatan itu dilaksanakan mengikut piawaian keselamatan yang ketat dengan tahap pendedahan radiasi yang sentiasa dipantau serta terkawal dan semua pekerja sinaran diwajibkan memakai dosimeter peribadi.

“Rekod rasmi menunjukkan dedahan radiasi pekerja adalah jauh lebih rendah dan berada di bawah had dos yang diwartakan dan pemeriksaan kesihatan berkala dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Universiti berkenaan memaklumkan PPUM mematuhi sepenuhnya perundangan dan peraturan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) Program Perlindungan Sinaran, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 serta Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.

“Pengurusan sisa radioaktif di PPUM sentiasa dipantau rapi dan pemeriksaan oleh Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan (KKM) pada Oktober tahun lepas mendapati tiada sebarang pelanggaran prosedur dikesan.

“Lawatan pemeriksaan lesen secara tahunan oleh pihak penguat kuasa BKRP turut dilaksanakan mengikut keperluan dan kepatuhan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut UM, PPUM sentiasa bersedia untuk diperiksa oleh pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap semua peraturan dan piawaian keselamatan.

“Pihak pengurusan memberi jaminan bahawa persekitaran kerja yang melibatkan radiasi adalah selamat dan sentiasa diawasi oleh badan kawal selia bertauliah serta menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan spekulasi tidak berasas yang boleh menimbulkan keresahan awam,” menurut kenyataan.

Terdahulu, tular laporan media mengenai dakwaan berlaku pelanggaran prosedur keselamatan radiasi di Unit Perubatan Nuklear hospital berkenaan sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga kerja dan pesakit.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Belia Kedah Ubah Lorong Tercemar Jadi Tarikan Seni Awam Di Alor Setar

[ad_1] Sebuah lorong yang sebelum ini tercemar di Kampung Alor Melong kini bertukar wajah menjadi…

RON95 Atau RON97? Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda

[ad_1] RON95 Atau RON97? Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda Dalam kehidupan seharian, petrol…

Silat Di Kubur: Beri Ruang Penguatkuasa Agama Jalankan Siasatan, Jangan Buat Spekulasi

[ad_1] Silat Di Kubur: Beri Ruang Penguatkuasa Agama Jalankan Siasatan, Jangan Buat Spekulasi KOTA TINGGI,…