Ulama Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Universiti Muhammad V, Rabat
Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin, seorang ulama terkemuka Malaysia, pendidik, pendakwah, dan pemimpin Tarekat Ahmadiah Idrisiah di Asia Tenggara, baru-baru ini meraih pengiktirafan tertinggi selepas membentangkan tesis PhD beliau di Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan, Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi.

Sheikh Muhammad Fuad, yang juga merupakan Pengerusi Kolej Islam As Sofadi Malaysia, mempersembahkan tesis bertajuk: “Imam Ahmad bin Idris alMaghribi dan Usahanya dalam Ilmu Islam serta Penyebaran NilaiNilai Tasawuf, Satu Kajian Kritikal.”

Tesis ini menonjolkan asas ilmiah yang kukuh, pendekatan akademik tradisional yang digabungkan dengan pengalaman rohani, serta analisis mendalam mengenai pemikiran dan pengaruh tokoh sufi terkenal dari Maghribi.
Acara akademik ini berlangsung dalam suasana ilmiah yang tinggi, dihadiri oleh ahli fakulti universiti, penyelidik, dan peserta dari Malaysia serta Maghribi yang berminat dalam kajian tasawuf dan pemikiran Islam.
Sesi perbincangan diketuai oleh Dekan Fakulti, Dr. Zakarya Bourhim, bersama beberapa tenaga pengajar pakar yang memuji ketelitian metodologi, analisis yang mendalam, dan nilai tambah penyelidikan Sheikh Muhammad Fuad.

Jawatankuasa penilai memberikan penghargaan tertinggi, termasuk kebenaran untuk menerbitkan tesis tersebut, sebagai pengiktirafan terhadap nilai akademik dan kepentingan ilmiahnya.
Kejayaan ini turut menegaskan peranan Universiti Mohammed V sebagai pusat utama dalam menarik penyelidik dan ilmuwan dari seluruh dunia serta mengukuhkan hubungan kerjasama akademik antarabangsa.

Pembentangan viva voce yang berlangsung hampir tiga jam itu mempamerkan keteguhan metodologi, keberanian akademik, dan dedikasi Sheikh Muhammad Fuad dalam meneliti fakta kehidupan serta manhaj Imam Ahmad bin Idris dengan penuh amanah.
Panel penilai kagum dengan usaha beliau membuka ruang pengkajian tokoh ulama besar Maghribi, yang terkenal di Asia tetapi kurang dikenali di tanah kelahirannya sendiri.

Kejayaan ini dicapai dengan pencapaian tiga martabat utama pengiktirafan tertinggi Musyarraf Jiddan disamping tesis tersebut disyorkan untuk dicetak dan diterbitkan sebagai rujukan ilmiah yang sah dan bernilai.
Selain itu, disarankan diterjemahkan ke enam bahasa utama dunia iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, dan Jerman, bagi meluaskan manfaatnya ke peringkat antarabangsa.

Menurut rakan dan anak murid beliau, kejayaan luar biasa ini bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi juga hasil kesungguhan, ketekunan, dan rasa tanggungjawab terhadap amanah ilmu.
Ia menjadi teladan bagi seluruh pelajar Kolej As Sofa bahawa jalan ilmu memerlukan kesabaran, pengorbanan, dan keberanian mempertahankan kebenaran. Sheikh Muhammad Fuad menunjukkan bahawa seorang murid boleh menjadi ulama, dan seorang ulama sejati kekal sebagai murid sepanjang hayat.
Dengan pengiktirafan ini, Sheikh Muhammad Fuad bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada akademik antarabangsa, tetapi juga meletakkan contoh cemerlang bagi generasi muda dalam mengejar ilmu dan penghayatan nilai-nilai tasawuf secara ilmiah dan berdisiplin.

The post Ulama Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Universiti Muhammad V, Rabat appeared first on Siakap Keli.
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film
Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.