Posted On 8 June 2025

Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini


Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai sesak setakat 2 petang ini, susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dari arah utara ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak di beberapa lokasi termasuk Permatang Pauh ke Juru, Jawi ke Bandar Baharu, Kuala Kangsar ke Terowong Menora dan Gopeng ke Tapah.

Katanya aliran trafik juga sesak dari Sungkai ke Trolak, Bukit Beruntung ke Sungai Buaya dan kawasan Rehat dan Rawat Rawang menuju Rawang.

“Aliran trafik dari arah selatan di lebuh raya PLUS pula sesak dari Pagoh ke Simpang Empat, Pedas Linggi ke Seremban, kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Nilai dan Plaza Tol Sungai Besi ke ibu kota,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kesesakan berlaku di Plaza Tol Karak menuju ke Lentang, Bukit Tinggi ke Terowong Genting Sempah dan Hentian Gombak menuju ke Plaza Tol Gombak.

Sementara itu di Kelantan aliran trafik bertambah dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang setakat tengah hari tadi bagaimanapun masih dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat menjelang petang, dan pemantauan secara berterusan sedang dijalankan oleh anggota yang bertugas.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kenyataan KPN Berhubung Dakwaan Sekatan Pergerakan Ke Atas Fahmi Reza

The post Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

[ad_1] Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow MOSCOW, 13 Mei (Bernama) — Lawatan…

Sejarah Haji Wada » Nabawi Mulia

[ad_1] Haji Wada’, yang secara harfiah berarti “haji perpisahan”, adalah satu-satunya ibadah haji yang dilakukan…

Rukun dan Wajib Haji » Nabawi Mulia

[ad_1] Rukun haji adalah amalan-amalan pokok yang harus dilakukan dalam pelaksanaan ibadah haji. Jika salah…