Posted On 26 October 2025

Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa



Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa

BUKIT MERTAJAM, 26 Okt (Bernama) — Tiga sekolah di Pulau Pinang akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada esok dan Selasa berikutan sekolah berkenaan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Pendidikan Negeri Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata tiga sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi dan SK Padang Menora di daerah Seberang Perai Utara(SPU) dan SK Guar Perahu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Beliau berkata berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati sekolah berkenaan menggunakan bilik darjah yang agak banyak bagi menempatkan mangsa banjir yang rumah mereka terjejas dan dinaiki air sejak Jumaat lepas.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri telah buat pemantauan di lima sekolah termasuk SK Tan Sri Awang Had Salleh dan SMK Permatang Pasir yang turut dijadikan PPS. Jadi, berdasarkan penilaian yang kita buat tentang keperluan menguruskan mangsa yang melibatkan penggunaan bilik darjah, kita ambil keputusan laksanakan PdPR di tiga sekolah membabitkan keseluruhan 1,786 murid,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Dziauddin ditemui selepas hadir membuat tinjuan mangsa banjir bersama Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid di PPS SMK Permatang Pasir di sini hari ini, dengan seramai 41 orang daripada 10 keluarga di tempatkan di situ.

Sementara itu, beliau berkata JPN Pulau Pinang juga telah membuat persiapan di bawah inisiatif Ops Payung yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan untuk mengatur pergerakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke pusat peperiksaan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti pelajar yang mungkin terjejas atau terhalang untuk ke tempat peperiksaan jika berlaku hujan berterusan dan banjir di kawasan terlibat.

Mohamad Dziaudd turut menasihatkan calon SPM yang bimbang tentang pergerakan mereka jika berlaku banjir memaklumkan kepada pengetua supaya pihak sekolah boleh menempatkan mereka di asrama bagi memudahkan perjalanan menduduki SPM yang dijadualkan berlangsung dari 3 Nov hingga 23 Dis ini.

BACA: Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai

Sumber: Bernama

The post Tiga Sekolah Dijadikan PPS Di P.Pinang Laksana PdPR Esok Dan Selasa appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Ribut Debu Besar Landa Phoenix

[ad_1] Ribut Debu Besar Landa Phoenix Sebuah ribut debu besar atau dikenali sebagai “haboob” melanda…

Chong Wei Dilantik Ahli Majlis BAM

[ad_1] Chong Wei Dilantik Ahli Majlis BAM KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Legenda badminton…

Makelele Kongsi Sebab Kenapa Anggap “Galasticos 3.0” Sukar Direalisasikan Semula

[ad_1] Makelele Kongsi Sebab Kenapa Anggap “Galasticos 3.0” Sukar Direalisasikan Semula KUALA LUMPUR — Bekas…