Posted On 21 April 2026

The Music Run™ By Affin Tingkatkan Rentak Edisi Ke-11

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> The Music Run™ By Affin Tingkatkan Rentak Edisi Ke-11

The Music Run™ By Affin Tingkatkan Rentak Edisi Ke-11

Acara larian ikonik, The Music Run™ by AFFIN Kuala Lumpur 2026 menggabungkan aktiviti kecergasan dan muzik telah kembali buat edisi ke-11, melibatkan lebih daripada 14,000 peserta di Stadium Nasional Bukit Jalil. Diiringi senarai lagu yang rancak sepanjang laluan 5km, para peserta berjoging dan menari mengikut rentak muzik yang menghidupkan semangat kemasyarakatan. 

Pesta pagi sampai malam tersebut dimeriahkan lagi dengan pengacara dan DJ serba dinamik yang mempersembahkan hiburan secara langsung dan memastikan para pengunjung stadium terus bergerak cergas dan terhibur. Artis-artis paling hangat di Malaysia menggemparkan pentas dengan dendangan lagu-lagu popular masing-masing yang memukau penonton sebelum kemunculan ikon muzik Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang menerima tepukan paling gemuruh. Dengan penampilan yang mencuri tumpuan, vokal uniknya yang begitu bertenaga telah menggegar stadium, menambat perhatian setiap penonton sambil mereka menari dan menyanyi mengikut rentak irama setiap lagu yang dilantunkan. 

Pada awal malam konsert, pentas dihidupkan dengan persembahan bertenaga oleh bakat-bakat Malaysia yang sudah menempa nama dan sedang meningkat naik, termasuk penyanyi dan penulis lagu terkenal Talitha. (@talithabe), yang membuka tirai persembahan dengan lagu-lagu indie pop dan R&B yang mudah melekat di telinga. Kumpulan DJ daripada Jambu Jambu Asia (@jambujambu.asia) memeriahkan suasana dengan muzik rancak dan penuh bertenaga, menyemarakkan semangat penonton, sebelum Irene Catalina (@irenecatalinaofficial) muncul untuk menghiburkan mereka dengan lagu-lagu rentak tari yang mengasyikkan. 

Sebelum acara kemuncak festival, artis rap dari Subang, Lil J (@liljgram) telah naik ke pentas untuk mempersembahkan gaya rap dan hip-hop dinamiknya yang tersendiri, memastikan hadirin terus menari mengikut rentak yang menggegarkan. DJ No Yeti (@itsnoyeti) kemudian mengambil alih pentas, mengadunkan lagu-lagu mengasyikkan dan rentak berirama untuk meneruskan pesta sehingga lewat malam dan memastikan momentum diteruskan dengan perayaan muzik, kecergasan dan keseronokan. 

The Music Run™ anjuran Fresh Events Asia Sdn. Bhd. telah menganjurkan lebih 40 acara di seluruh dunia, mengalu-alukan penyertaan lebih daripada 360,000 pelari dalam acara yang bertumpukan muzik. Menggabungkan keseronokan festival muzik dengan daya pergerakan, acara ini menghimpunkan komuniti Gen Z dan Milennial dalam sambutan yang mencergaskan, bertenaga dan mengeratkan hubungan. Sepanjang 11 tahun yang lalu, acara ini telah membina sekumpulan peminat setia, menyaksikan peserta kembali tahun demi tahun sambil mengajak kawan-kawan baharu. Dengan menyokong gaya hidup aktif dalam persekitaran yang selamat tanpa alkohol, acara ini bukan setakat satu larian biasa, tetapi aktiviti kecergasan yang mendorong dan melibatkan semua. 

“Setiap tahun, kami berusaha membawakan pengalaman muzik dan kecergasan terbaik sambil membina semangat kemasyarakatan namun edisi tahun ini benar-benar mengagumkan. Para hadirin begitu bertenaga, dan amat teruja dalam suasana yang menyaksikan rakyat Malaysia bersatu hati dan menari mengikut rentak muzik yang dipersembahkan. Sempena edisi ke-11 The Music Run™ by AFFIN, kami mengambil inspirasi daripada semangat acara ini menyatukan hati insan untuk mengukir detik-detik manis bersama yang tidak dapat dilupakan, dan kami berharap untuk mengekalkan momentum ini pada edisi-edisi akan datang,” kata Jeff Ross, Pengarah Urusan Fresh Events Asia.

Berkongsi sentimen ini, Datuk Wan Razly Abdullah, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN menambah, “Kerjasama dengan The Music Run™ ini amat bermakna dalam merealisasikan sebuah festival yang mengetengahkan elemen muzik, kecergasan dan semangat kebersamaan komuniti. Seiring dengan perjalanan Metamorfosis AFFIN ke arah menjadi sebuah Bank yang Moden dan Progresif, komitmen untuk terus memahami serta memenuhi keperluan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Kerjasama ini menyediakan platform yang menarik untuk mendekati golongan muda serta memupuk kesedaran kewangan lebih awal melalui pengalaman yang menyeronokkan, relevan dan selaras dengan aspirasi mereka.”

Sejak dilancarkan di Kuala Lumpur pada 2014, The Music Run™ telah mengembangkan sayap ke persada antarabangsa dengan acara dijayakan di Singapura, Taiwan, China, dan negara lain. Festival ini meneruskan perjalanan globalnya dengan edisi seterusnya di Singapura dan Filipina, menggalakkan masyarakat untuk berlari, meraikan muzik dan mengamalkan gaya hidup aktif. 

Edisi The Music Run™ by AFFIN pada tahun ini disokong oleh rakan-rakan kerjasama utama, termasuk AFFIN sebagai Rakan Penaja, JBL sebagai Rakan Utama, Cornetto sebagai Rakan Penyokong, dan 100PLUS sebagai Rakan Penghidratan, di samping penyokong acara lain yang memainkan peranan penting untuk menjayakan pesta. 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Music Run™ by AFFIN, sila layari www.themusicrun.com.my. 

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Pentingnya Husnudzon dalam Kehidupan Sehari-hari » Nabawi Mulia

[ad_1] Husnudzon atau sikap berprasangka baik merupakan salah satu akhlak mulia yang sangat dianjurkan dalam…

Lansia Tak Lakukan Shalat Arbain, Batalkah Ibadah Haji? » Nabawi Mulia

[ad_1] Ibadah haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap…

Alasan Mengapa Kita Harus Berhaji » Nabawi Mulia

[ad_1] Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima, dan menjadi bagian penting dari fondasi agama…