Posted On 15 April 2026

TH Sedia Hadapi Sebarang Senario, Utamakan Kebajikan Jemaah Haji

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> TH Sedia Hadapi Sebarang Senario, Utamakan Kebajikan Jemaah Haji

TH Sedia Hadapi Sebarang Senario, Utamakan Kebajikan Jemaah Haji

SEPANG, 15 April (Bernama) — Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat, termasuk memberi keutamaan kepada jemaah haji Malaysia merangkumi aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi bagi musim haji 1447H/2026M.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air 1447H/2026M Mohd Norber Kassim berkata TH sentiasa memantau perkembangan semasa dan telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan urusan ibadah haji berjalan lancar.

Beliau berkata TH mempunyai pelan bencana dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan disesuaikan mengikut keadaan semasa.

“TH sememangnya telah pun bersiap sedia dengan pelan bencana yang mana sebelum ini pun sebelum krisis peperangan ini pun TH memang telah ada SOP, telah ada pelan bencana.

“Jadi pelan ini insya-Allah akan kita sesuaikan dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan bersama media operasi bagi musim haji 1447H/2026M.

Beliau berkata TH turut mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta berhubung dengan kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan perkembangan terkini konflik berkenaan.

“TH turut mendapat pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa haji akan diteruskan sebagaimana biasa. Jadi, kita akan teruskan seperti dirancang untuk musim ini,” katanya.

Mohd Norber turut memberi jaminan bahawa kebajikan jemaah haji Malaysia, termasuk aspek perlindungan dan insurans, berada di bawah pengurusan TH.

“Insya-Allah semuanya di bawah pengurusan TH. Jemaah merupakan Jemaah Haji Malaysia dan diuruskan oleh TH. Insya-Allah kita akan melihat semua aspek ini,” katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan bermula pada 18 April ini, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines.

Selain daripada itu, lapan stesen berlepas akan digunakan untuk para jemaah haji di seluruh negara bagi urusan melapor diri, iaitu Kota Bharu di Kelantan, Kuala Terengganu (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Kru Artemis II NASA Siap Sedia Pulang Ke Bumi

Kru Artemis II NASA Siap Sedia Pulang Ke BumiWASHINGTON, 9 April (Bernama-dpa) -- Empat angkasawan…

Inisiatif Masjid Sedia Jaket Elak Gangguan Visual Ketika Solat Terima Pujian Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asalInisiatif Masjid Sedia…

Waspada, Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga Malam Ini

Waspada, Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran…