Posted On 15 August 2026

Tengku Mahkota Pahang Catat Sejarah Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter TUDM

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Tengku Mahkota Pahang Catat Sejarah Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter TUDM

ALOR SETAR, 15 Ogos (Bernama) — Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini.

Baginda merupakan antara 40 peserta yang menamatkan latihan dan menerima Sayap Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dikurniakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, merangkap Kolonel Yang Dipertua TUDM, pada Istiadat Perbarisan Pengurniaan Sayap Penerbangan 2026 di Padang Kawad KTU, hari ini.

Selain Tengku Mahkota Pahang, sayap berkenaan turut dikurniakan kepada 39 pelatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terdiri daripada 37 juruterbang muda dan dua jurusensor senjata-pejuang daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Istiadat itu melibatkan pelatih daripada empat kursus penerbangan iaitu Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26, Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67/25, Kursus Asas Penerbangan Siri 87/25 serta Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang Siri 01/25.

Tengku Mahkota Pahang mengikuti Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26 dari 2 Jun hingga 31 Julai lepas menggunakan helikopter EC120B Colibri dan berjaya menyempurnakan serta lulus dengan cemerlang dalam beberapa penilaian penerbangan merangkumi Basic Handling Test (BHT), Instrument Flying Test (IFT), Final Navigation Test (FNT) dan Final Handling Test (FHT).

Dalam istiadat itu, turut berlangsung pengurniaan enam anugerah kepada pelatih terbaik berdasarkan pencapaian dalam aspek penerbangan, akademik, disiplin dan kepimpinan.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata kejayaan Tengku Mahkota Pahang dan para pelatih lain menamatkan latihan merupakan hasil ketekunan, semangat juang, ketahanan mental serta disiplin tinggi yang diterapkan sepanjang latihan.

Beliau berkata di sebalik setiap kejayaan, terdapat ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak pernah putus berdoa, selain memberikan dorongan dan semangat sepanjang para graduan menempuh latihan.

“Pengurniaan Sayap Penerbangan bukanlah penamat kepada sebuah perjalanan. Sebaliknya, ia merupakan permulaan kepada amanah dan tanggungjawab yang jauh lebih besar.

“Mulai hari ini, sayap yang tersemat di dada membawa bersama-samanya maruah, harapan dan kepercayaan perkhidmatan serta negara,” katanya ketika berucap pada istiadat berkenaan.

Muhamad Norazlan berkata setiap pemakai sayap dituntut untuk sentiasa memartabatkan disiplin, integriti, keberanian dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah serta mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

Beliau berkata dengan ilmu, kemampuan dan keperibadian yang diterapkan sepanjang latihan, kesemua mereka diyakini mampu melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa dan negara.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling

[ad_1] Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas Di Baling ALOR SETAR, 12 Mei (Bernama) —…

Memahami Ibadah Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Bagi setiap muslim, salah satu impian besar yang ingin diwujudkan adalah mengunjungi rumah Allah…

Tujuh Kapal Malaysia Tunggu Isyarat Untuk Lalui Selat Hormuz – Mohamad Hasan

Tujuh Kapal Malaysia Tunggu Isyarat Untuk Lalui Selat Hormuz - Mohamad Hasan SEREMBAN, 28 Mac…