Posted On 16 January 2026

Tak Sangka Menjadi, Wanita Guna Air Kopi Perangkap Lipas Dalam Kereta

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Tak Sangka Menjadi, Wanita Guna Air Kopi Perangkap Lipas Dalam Kereta

Tak Sangka Menjadi, Wanita Guna Air Kopi Perangkap Lipas Dalam Kereta

Kehadiran lipas dalam kereta sering menjadi mimpi buruk pemilik kenderaan. Haiwan ini muncul tanpa disedari dan bergerak pantas.

Ruang sempit dan gelap menjadikan kereta lokasi yang sesuai untuk bersembunyi. Antara penyebab lain yang menarik lipas untuk bersarang di dalam kereta termasuk sisa makanan yang tertinggal.

Kehadiran serangga ini tidak hanya menyebabkan penumpang kurang selesa, malah berisiko membahayakan keselamatan ketika memandu.

Setelah sekian lama, pelbagai petua dan cara dikongsi bagi menghalau lipas yang ‘berkampung’ di dalam kereta. Walaupun kadang kala petua yang dikongsi kedengaran pelik, masih ada yang sanggup mencuba.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna Threads, @meyazhrrr baru-baru ini. Biarpun ragu-ragu dengan petua yang diterima, wanita berkenaan tekad untuk mencubanya.

Tanpa disangka, hasil yang diterima begitu memeranjatkan.

kopi perangkap lipas kereta
Kredit: Threads @meyazhrrr

“Korang tengok la, aku saja je tinggalkan air ni dalam kereta. Padan muka mak bapak nenek dia, keluarga dia terkandas dalam ni,” kongsi wanita tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsi, bahagian bawah tin minuman yang ditinggalkan hampir penuh dengan lipas yang sudah lemas.

Wanita berkenaan mengakui, dia terpaksa zum masuk kamera telefon bimbitnya serta menggunakan lampu flash bagi mendapatkan gambar yang jelas.

Kredit: Threads @meyazhrrr

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian ramai berikutan jumlah lipas yang masuk ke dalam ‘perangkap’ menjangkaui sangkaan.

Di ruangan komen, ramai yang tersalah anggap terhadap gambar yang dikongsi.

“Ingatkan cincau tadi,” kata warga maya.

“Takut. Mati-mati ingat jeli tadi,” ujar seorang lagi.

“Ingatkan biji kopi. Rupanya biji kopi terlarang,” ulas yang lain.

Malah, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri.

“Hari tu tertinggal baki air Zus dalam kereta. Esok tu nak buang, tengok pelik je. Bila masa ada ‘boba’ dalam Zus ni. Tengok-tengok, banyak binatang ni,” luah seorang warga maya.

“Besar-besar lipas. Saya pakai teknik minyak tambah marjerin. Jadi juga,” kongsi seorang lagi.

BACA: SARA Mula Disalurkan Kepada 3.1 Juta Penerima Bujang Hari Ini

BACA: “Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP

BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia

Sumber: Threads @meyazhrrr

The post Tak Sangka Menjadi, Wanita Guna Air Kopi Perangkap Lipas Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.

News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film

Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.

Related Post

Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR

[ad_1] Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR Kementerian Kewangan…

Robert Prevost Dipilih Sebagai Paus Baharu, Pilih Nama Leo XIV

[ad_1] Robert Prevost Dipilih Sebagai Paus Baharu, Pilih Nama Leo XIV LONDON, 9 Mei (Bernama)…

Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela

Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, bersama…