Posted On 18 September 2025

Sultan Selangor Beri Pandangan Isu Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Sultan Selangor Beri Pandangan Isu Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru



Sultan Selangor Beri Pandangan Isu Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Kenyataan itu telah dikeluarkan menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office.

“Selepas membaca maklumbalas daripada pelbagai pihak, Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu

“Beta tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu,” titah baginda.

Menurut kenyataan lagi, baginda mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampong Bharu harus diambil kira.

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian, hasil kurniaan Sultan Selangor Ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900.

Kampong Bharu, simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900

Sepanjang tempoh tersebut sehingga ke hari ini, pelbagai sejarah dan peristiwa penting berkaitan orang Melayu telah tercipta di Kampung Baru antaranya pembinaan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi lokasi berlangsungnya Kongres Melayu SeMalaya pada 1946 sehingga mencetuskan penubuhan UMNO.

Semasa tragedi 13 Mei 1969, kelab tersebut juga dijadikan tempat perlindungan orang Melayu.

Selain itu, padang Kelab Sultan Sulaiman turut digunakan sebagai tempat latihan pasukan bola Selangor sebelum terbinanya Stadium Merdeka.

Tambah baginda lagi, ia menjadi lebih nostalgik apabila persefahaman telah dicapai supaya Masjid Jamek Kampung Baru yang dirasmikan Sultan Selangor keenam, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah harus dikekalkan di lokasi sedia ada dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.

“Sesungguhnya, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900

“Justeru, Beta ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kampong Bharu memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur

“Maka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampong Bharu harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang,” titah Sultan Selangor.

BACA: Dua Remaja Diarah Bayar Saman RM1.2 Juta Selepas Kencing Dalam Periuk “Steamboat”

Sumber: Selangor Royal Office via Facebook

The post Sultan Selangor Beri Pandangan Isu Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

8 Rahsia Kecilkan Pori Wajah Secara Konsisten & Berkesan

[ad_1] 8 Rahsia Kecilkan Pori Wajah Secara Konsisten dan Berkesan Pori-pori besar sering menjadi punca…

BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar

BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar Perdana Menteri, Datuk Seri…

Semua Hal Tentang Manasik Umroh (Lengkap) » Nabawi Mulia

[ad_1] Sebelum keberangkatan ibadah Umroh, akan diadakan beberapa pertemuan penting sebagai bagian dari persiapan keberangkatan…