Posted On 24 August 2025

Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini



Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah bakal mengadakan lawatan negara ke Malaysia bermula 25 hingga 28 Ogos ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, lawatan berkenaan adalah bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-26 antara Malaysia dan Brunei.

Selain itu, lawatan Sultan Hassanal Bolkiah turut diiringi oleh Muda Abdul Mateen, menteri-menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan.

“KDYMM PSB Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan disambut dengan Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara pada 26 Ogos 2025, diikuti dengan Kunjungan Menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” ujar kenyataan itu.

Sultan Hassanal dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim

Difahamkan, majlis jamuan negara dan delegasi juga akan dihoskan oleh Sultan Ibrahim bagi meraikan Sultan Hassanal pada malam yang sama.

Semasa lawatan tersebut, Sultan Hassanal turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-26 pada 27 Ogos.

“Rundingan ini merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam yang memberi peluang bagi kedua-dua pemimpin menilai kemajuan bersama

“Di samping itu, rundingan ini turut membincangkan isu-isu dua hala tertunggak serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” jelas kenyataan lagi.

Brunei merupakan rakan dagang terbesar Malaysia

Selain mencerminkan hubungan istimewa antara kedua-dua negara, lawatan ini juga memperkukuhkan usaha bersama dan komitmen dalam mempertingkatkan kerjasama strategik demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN pada 2024, dengan jumlah dagangan RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion) pada tahun 2024.

Bagi tempoh Januari-Jun 2025, dagangan dua hala mencecah AS$0.69 bilion (RM3.02 bilion), terdiri daripada eksport RM2.18 bilion dan import RM0.84 bilion.

BACA: Gempa Segamat: Isyarat Malaysia Perlu Perkukuh Kesiapsiagaan Seismik – Pakar
BACA: Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi Hampir RM261.4 Juta Separuh 2025

Sumber: Bernama TV

The post Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia

[ad_1] Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450,000 Pil Yaba Ke Malaysia KOTA BHARU, 20 Sept (Bernama)…

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit

Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit Mengetahui insan tersayang sedang…

Bekas Pengarah SRC Nafi Terlibat Dalam Isu Kelulusan Pinjaman KWAP

Bekas Pengarah SRC Nafi Terlibat Dalam Isu Kelulusan Pinjaman KWAPKUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) --…