Posted On 10 October 2025

Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini



Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini

SERDANG, 10 Okt (Bernama) — Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza berkemungkinan dibawa ke Istanbul, Turkiye petang ini selepas ditahan Israel pada Rabu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata maklumat yang diterima daripada pusat gerakan operasi FFC di Turkiye memaklumkan Kementerian Luar Turkiye menjangkakan satu penerbangan dari Israel akan mendarat di Istanbul sekitar 3 petang waktu tempatan hari ini.

“Difahamkan, pesawat berkenaan akan membawa sekumpulan aktivis Freedom Flotilla Coalition dari 22 negara, berkemungkinan termasuk sembilan aktivis Malaysia serta enam aktivis Global Sumud Flotilla (tiga dari Norway, dua dari Maghribi dan seorang dari Sepanyol).

“Kami juga masih menunggu maklumat terperinci dari Wisma Putra untuk mengesahkan status sembilan aktivis Malaysia dalam penerbangan tersebut sama ada ada atau tidak wakil Malaysia, kami tidak ada kepastian,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan misi kemanusiaan itu di sini.

Beliau berkata peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah berjaya berjumpa dengan semua aktivis Malaysia yang berada dalam keadaan sihat seperti dilaporkan sebelum ini.

BACA: Dr Fauziah, Wartawan Astro Awani & 7 Lagi Aktivis Malaysia Sah Ditahan

Sembilan wakil Malaysia terbabit ialah Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar, Dr Maziah Muhammad dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata pihaknya merancang untuk menghantar wakil MyCARE ke Istanbul bagi membuat persediaan menyambut ketibaan aktivis berkenaan serta membawa pakaian dan keperluan lain untuk mereka.

Semalam, beliau memaklumkan aktivis-aktivis juga melaporkan barangan peribadi mereka seperti pakaian, power bank dan lain-lain telah dirampas namun tiada kecederaan serius setakat ini disahkan termasuk kemungkinan berlakunya insiden keganasan terhadap delegasi Malaysia.

Misi kemanusiaan FFC dan TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara itu, yang menaiki sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad dipintas tentera Israel pada Rabu ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.

Lapan rakyat Malaysia berada di atas Conscience manakala seorang lagi di atas Umm Saad.

Sumber: Bernama

The post Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Khairy Mahu Kembali Ke UMNO, Shahril Masih Selesa Di Luar Politik

Khairy Mahu Kembali Ke UMNO, Shahril Masih Selesa Di Luar PolitikKhairy Jamaluddin menyatakan hasrat untuk…

Kad Pengenalan Generasi Baharu Bakal Dikuat Kuasa Tahun Hadapan

[ad_1] Kad Pengenalan Generasi Baharu Bakal Dikuat Kuasa Tahun Hadapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Content Makanan, Seru Netizen Peka Isu Gaza

[ad_1] Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Content Makanan, Seru Netizen Peka Isu Gaza Cef selebriti…