Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkant tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka dijangka alami hujan lebat. Begitu juga bagi WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
“Di Pahang, daerah Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin dijangka berlaku hujan lebat dan angin kencang.
“Manakala di Selangor, daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling juga diramal hujan lebat. Begitu juga daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” maklum jabatan tersebut.
Terus ke Johor, daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang juga diramal alami hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir. Kawasan yang disenarai di negeri tersebut termasuk Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Ramalan hujan lebat di Sabah, Sarawak
Beralih pula ke Kepulauan Borneo, kebanyakan kawasan di Sarawak dijangka alami cuaca buruk.
MetMalaysia menyenaraikan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu bakal menerima hujan lebat hingga malam ini.
Begitu juga daerah Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Keadaan di Sabah menunjukkan ribut petir, hujan lebat bakal berlaku di daerah Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan). Begitu juga daerah Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan pada tahap Waspada bagi negeri Sabah yang berkuat kuasa sehingga 20 Februari 2026.
“Berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca, MET Malaysia menjangkakan luruan angin monsun memasuki rantau negara dan berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap yang membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di Sabah dan Sarawak pada 19 hingga 23 Februari 2026,” jelas jabatan berkenaan.
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan yang berkuat kuasa sehingga 21 Februari 2026.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengamalkan langkah berjaga-jaga dan merancang perjalanan dengan lebih awal. Elak dari berada di lokasi berisiko.
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film
Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.