Posted On 22 September 2025

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini



Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan, putera baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, pada 2 Oktober ini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani memaklumkan Istiadat Pernikahan Diraja itu akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Kata Mohammad Munir, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan perkahwinan itu pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.

“Sehubungan itu, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September ini di seluruh masjid negeri Selangor, dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” kata beliau.

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi memohon keberkatan agar semua istiadat dan majlis yang dirancang berjalan lancar.

Pada tarikh sama, Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

BACA: Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Sumber: Selangor Royal Office via Facebook

The post Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Mufti WP Perjelas Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat

Mufti WP Perjelas Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan ZakatZakat adalah rukun Islam…

HABIB Akhiri Tahun Dengan Penuh Gaya Menerusi YES 2025

[ad_1] HABIB Akhiri Tahun Dengan Penuh Gaya Menerusi YES 2025 Jenama utama barangan kemas di…

Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji

[ad_1] Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji Kewajipan menunaikan…