Posted On 11 November 2025

Proton e.MAS 7 Catat Jualan Tertinggi, Proton e.MAS 5 Raih 10,000 Tempahan di Seluruh Negara

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Proton e.MAS 7 Catat Jualan Tertinggi, Proton e.MAS 5 Raih 10,000 Tempahan di Seluruh Negara



Subang Jaya, 12 November 2025 – PRO-NET, anak syarikat pengeluar automotif nasional PROTON, hari ini mengumumkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan EV Proton e.MAS. Sejak dilancarkan, Proton e.MAS 7 telah mencatat jualan sebanyak 7,413 unit, merangkumi 6,954 unit di pasaran tempatan dan 459 unit eksport setakat 31 Oktober 2025. Proton e.MAS 7 terus mengekalkan kedudukannya sebagai Model EV No.1 di Malaysia selama 10 bulan berturut-turut.

 

Pada masa yang sama, Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan, iaitu EV mampu milik pertama di Malaysia, terus menarik minat yang tinggi di seluruh negara dengan lebih daripada 10,000 tempahan diterima setakat ini. Pencapaian ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik dalam kalangan pengguna Malaysia serta mengukuhkan komitmen PRO-NET untuk menawarkan EV yang mampu milik dan mudah diakses tanpa menjejaskan kualiti.


“Kami benar-benar menghargai sokongan padu yang terus diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 dan kini Proton e.MAS 5,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Setiap tempahan yang diterima melambangkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kami untuk menawarkan Proton e.MAS 5 dengan kualiti dan piawaian tertinggi. Sebagai pengeluar automotif nasional, kami akan terus komited untuk memastikan mobiliti elektrik menjadi lebih mudah diakses, boleh dipercayai dan relevan untuk semua.”

 

Tempahan Proton e.MAS 5 Catat Jumlah Tertinggi di Bahagian Lembah Klang

Minat rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 5 terus menunjukkan momentum memberansangkan di seluruh negara, dengan di Wilayah Lembah Klang mencatat jumlah tempahan tertinggi, diikuti oleh bahagian Selatan dan Utara. Permintaan dari Sabah Sarawak dan Pantai Timur juga menunjukkan peningkatan, menggambarkan sambutan meluas terhadap kereta elektrik mampu milik pertama di Malaysia ini.

 

Menurut maklum balas daripada pusat pengedar, majoriti pelanggan e.MAS 5 terdiri daripada golongan profesional yang memilih model ini sebagai kenderaan utama untuk kegunaan harian. Ramai daripada mereka mengambil peluang untuk menukar kereta sedia ada melalui program Power Trade-In, yang menawarkan rebat tambahan sebanyak RM1,000. Pada masa yang sama, sebilangan besar pembeli menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan kedua dalam keluarga. Model hatchback segmen B ini turut menarik minat pembeli kereta pertama, mencerminkan generasi baharu yang mencari mobiliti yang praktikal, berpatutan, dan lestari.

 

Mengapa Rakyat Malaysia Memilih Proton e.MAS 5

Maklum balas awal daripada pelanggan menunjukkan bahawa faktor harga berpatutan, kepraktisan, dan pengalaman pemanduan yang seimbang menjadi antara sebab utama yang mendorong permintaan tinggi terhadap Proton e.MAS 5. Ramai rakyat Malaysia menganggapnya sebagai EV harian yang sempurna, kompak, bergaya, dan dilengkapi teknologi canggih yang memudahkan kehidupan seharian.

Rakyat Malaysia kini boleh membuat tempahan untuk Proton e.MAS 5, yang ditawarkan dengan rebat pelancaran khas bernilai RM3,000 sehingga 31 Disember 2025, serta pakej pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM8,000* untuk tempoh masa terhad. Pakej ini merangkumi pemasangan pengecas rumah 7kW percuma, data internet tanpa had selama lima tahun, serta pelbagai rebat dan manfaat pemilikan eksklusif yang direka untuk menjadikan pengalaman memiliki EV lebih berbaloi dan menyeronokkan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 5, layari laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial).

 

#ProtoneMAS7 #ProtoneMAS5 #FreedomThatElectrifies #MostAffordableEV #OwnYourSpace

 

*Tertakluk pada terma & syarat

The post Proton e.MAS 7 Catat Jualan Tertinggi, Proton e.MAS 5 Raih 10,000 Tempahan di Seluruh Negara appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Peroleh 2A SPM, Kini Anak Malaysia Ini Raih Anugerah Tertinggi Universiti Di Indiana

[ad_1] Peroleh 2A SPM, Kini Anak Malaysia Ini Raih Anugerah Tertinggi Universiti Di Indiana Ramai…

Tiga Maut Kemalangan Babit Sebuah Kereta, Bas Ekspres

[ad_1] Tiga Maut Kemalangan Babit Sebuah Kereta, Bas Ekspres Tiga maut dalam kemalangan jalan raya…

Koleksi Rangka Manusia Prasejarah Tapak Arkeologi Guar Kepah Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia

[ad_1] Koleksi Rangka Manusia Prasejarah Tapak Arkeologi Guar Kepah Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia KUALA…