Penembak viral Turkiye, Yusuf Dikec sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyapu bersih pingat emas di kejohanan European Champions League of Air Weapons 2025, yang berlangsung di Istanbul hujung minggu lalu.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, Yusuf bersama rakan sepasukan Mustafa Inan menewaskan pasukan Jerman di peringkat akhir untuk menghadiahkan pingat emas buat negaranya.
“Mewakili negara di hadapan penyokong sendiri, dengan kejohanan diadakan buat pertama kali di Istanbul, adalah satu penghormatan besar.
“Lebih manis apabila kami dapat menang emas di sini,” katanya kepada Türkiye Today selepas pertandingan.
‘John Wick’ Turkiye
Sebelum ini, penembak Turkiye itu mencipta sensasi pada temasya Olimpik Paris 2024, apabila beliau memenangi pingat perak dalam acara pistol angin 10 meter berpasukan campuran bersama Şevval İlayda Tarhan.
Lebih-lebih lagi, gayanya yang menembak secara bersahaja turut mencuri perhatian ramai.
Kemenangan itu bukan sahaja mencatat sejarah sebagai pingat pertama Turki dalam sukan menembak di Olimpik, malah menjadikan Dikeç atlet tertua negara itu yang memenangi pingat Olimpik
Yusuf dijadualkan beraksi semula di Kejohanan Dunia Menembak ISSF (Rifle/Pistol) yang bakal berlangsung di Kaherah, Mesir pada November ini.
Sumber: Olympic
BACA: Kakitangan Tersilap Muat Naik Dokumen – FAM
BACA: Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan FIFA Tak Tepat – FAM
BACA: 20 Pelumba Terbaik Berentap Di Grand Final Toyota GR Malaysia eRacing
The post Penembak “Cool” Turkiye Curi Perhatian Lagi, Rangkul Pingat Emas appeared first on Siakap Keli.
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door
Download Film