Posted On 15 May 2025

Pelatih PLKN 3.0 Sesi 2/2025 Perlu Lapor Diri Sebelum 12 Tengah Hari Esok – JLKN

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Pelatih PLKN 3.0 Sesi 2/2025 Perlu Lapor Diri Sebelum 12 Tengah Hari Esok – JLKN


Pelatih PLKN 3.0 Sesi 2/2025 Perlu Lapor Diri Sebelum 12 Tengah Hari Esok – JLKN

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Individu yang terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Sesi 2/2025 perlu melapor diri selewat-lewatnya 12 tengah hari esok seperti ditetapkan dalam surat panggilan rasmi.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kehadiran pelatih adalah diwajibkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah atau pembuktian masalah kesihatan yang disahkan pakar perubatan.

Di bawah seksyen itu, mana-mana orang yang tidak menghadirkan diri bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Kenyataan itu memaklumkan sebarang usaha oleh pihak lain untuk menghasut atau memujuk mana-mana pelatih agar tidak hadir tanpa kebenaran juga adalah suatu kesalahan yang serius mengikut Seksyen 19(2), akta yang sama.

“Jabatan ini menyeru semua yang terlibat agar memberikan kerjasama sepenuhnya demi kelancaran pelaksanaan program serta pembangunan jati diri generasi muda negara,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh hubungi Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan JLKN di talian 019-310 1090 (Mej Muhammad Saufi Hasan), 019-333 2467 (Lt Muhammad Farish Syahmi Zamri) dan 014-234 5989 (Kapt Muhammad Hatta Mohd Khalid) atau layari laman web rasmi di

Sumber: Bernama

BACA: Libasan terakhir.. dan seribu doa di belakangnya..” Ulasan Pengulas Buat Penonton Gooseboomp

The post Pelatih PLKN 3.0 Sesi 2/2025 Perlu Lapor Diri Sebelum 12 Tengah Hari Esok – JLKN appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Tiga Makam Mulia di Masjid Nabawi » Nabawi Mulia

[ad_1] Di tengah pusat kota Madinah Al-Munawwarah, tepatnya di dalam kompleks suci Masjid Nabawi, terdapat…

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran…

Kesalahan Umum yang Sering Dilakukan Perempuan Selama Berhaji dan Umroh » Nabawi Mulia

[ad_1] Kesalahan Pertama: Mengira Ihram Adalah Penutup Kepala Masih banyak dari kalangan muslimah yang belum…