PBB Gesa Israel Hentikan Segera Rancangan Kuasai Gaza
GENEVA — Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, hari ini menggesa agar Kerajaan Israel untuk menghentikan segera rancangan mengambil alih sepenuhnya kawalan ketenteraan terhadap Gaza yang dijajahnya, lapor AFP.
Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, tentera Israel akan bersiap sedia untuk mengambil alih Gaza sambil mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di luar zon pertempuran, dalam usaha mengalahkan Hamas di Gaza.
Turk memberitahu, rancangan tersebut bertentangan dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menetapkan bahawa Israel mesti menamatkan pendudukannya secepat mungkin.
Ia termasuk merealisasikan penyelesaian dua negara yang telah dipersetujui, serta hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri.
Beliau berkata Israel sebaliknya perlu membenarkan aliran penuh dan tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan serta Hamas membebaskan tebusan tanpa syarat.
“Israel juga perlu membebaskan rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya,” katanya lagi.
Sebelum ini, kabinet keselamatan Israel telah meluluskan rancangan yang dicadangkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagi membolehkan tentera ‘menguasai’ Kota Gaza.
BACA: Tentera Israel Akan Menguasai Kota Gaza – Netanyahu
Menurut kenyataan itu, di bawah rancangan untuk mengalahkan Hamas di Semenanjung Gaza, tentera Israel akan bersedia untuk mengawal Kota Gaza sambil mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di luar zon pertempuran, lapor AFP.
Kabinet keselamatan dengan undi majoriti mengguna pakai lima prinsip untuk mengakhiri perang iaitu melucutkan senjata Hamas, mengembalikan semua tebusan sama ada hidup atau telah meninggal dunia, demilitarisasi Semenanjung Gaza, kawalan keselamatan Israel di Semenanjung Gaza dan penubuhan pentadbiran awam alternatif yang bukan Hamas mahupun Pihak Berkuasa Palestin.
Ketika mempengerusikan mesyuarat kabinet keselamatan pada Khamis, Netanyahu berkata Israel merancang untuk mengambil alih sepenuhnya kawalan Gaza tetapi tidak berniat untuk mentadbirnya.
Netanyahu berkata Israel mahukan satu ‘zon keselamatan’ dan menyerahkan wilayah Palestin itu kepada kuasa Arab yang akan mentadbirnya dengan baik tanpa mengancam mereka.
Rancangan itu mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang menyifatkannya sebagai salah dan hanya akan membawa lebih banyak pertumpahan darah.
“Tindakan ini tidak akan membantu menamatkan konflik atau membantu mendapatkan pembebasan tebusan,” kata Starmer.
Sumber: AFP
The post PBB Gesa Israel Hentikan Segera Rancangan Kuasai Gaza appeared first on Siakap Keli.
Lifestyle
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Download Film