Posted On 28 September 2025

Nahas Tol Kajang: Pemandu Lori Direman, Mengaku Lompat Keluar Dari Lori – Polis

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Nahas Tol Kajang: Pemandu Lori Direman, Mengaku Lompat Keluar Dari Lori – Polis



Nahas Tol Kajang: Pemandu Lori Direman, Mengaku Lompat Keluar Dari Lori – Polis

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis di Plaza Tol Bukit Kajang pada Sabtu telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof, berkata setakat ini pihaknya sudah merekodkan lima keterangan. Ini termasuk daripada majikan yang juga pemilik syarikat lori berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori mendakwa dia melompat keluar daripada kenderaan kerana menghadapi masalah brek.

“Bagaimanapun, lori terbabit akan dihantar ke pihak berkuasa berkaitan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Mengulas perkembangan mangsa, beliau memaklumkan bahawa tiga ahli keluarga bayi yang maut iaitu ibu, nenek serta kembarnya telah dibenarkan keluar dari Hospital Serdang.

“Seorang penumpang Proton X70 masih dirawat di KPJ Kajang, manakala dua kakitangan JKR masih mendapatkan rawatan di Hospital Kajang,” jelasnya.

Naazron turut memaklumkan, hasil siasatan mendapati lori terbabit kali terakhir diselenggara pada April 2025. Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada benar wujud masalah brek sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.

Dalam insiden pada Sabtu itu, seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera selepas sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh merempuh tiga kenderaan lain di Plaza Tol Bukit Kajang.

Kemalangan tersebut melibatkan lori berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail milik JKR, sebuah Honda City dan Proton X70.

BACA: Bonda Tengku Permaisuri Selangor Meninggal Dunia

Sumber: Astro Awani

The post Nahas Tol Kajang: Pemandu Lori Direman, Mengaku Lompat Keluar Dari Lori – Polis appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Hukum Memberi Upah Panitia Kurban dari Hewan Kurban » Nabawi Mulia

[ad_1] Setiap kali datang Hari Raya Idul Adha, umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah…

Hector Bidoglio Sah Tinggalkan JDT

[ad_1] Hector Bidoglio Sah Tinggalkan JDT KUALA LUMPUR — Teka-teki mengenai Hector Bidoglio sebagai Ketua…

Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam 

[ad_1] Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam  Seorang pengulas sukan terkenal Vietnam,…