Posted On 14 May 2025

Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri


Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri

IPOH, 14 Mei (Bernama) — Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata anggota berkenaan ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.

“Kesemua mereka kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.

“Hari ini pihak kami mengadakan ziarah kebajikan ke atas mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat empat anggota yang cedera telah sedar dan dirawat di hospital sama.

Mereka ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44.

Dalam kejadian 8.50 pagi semalam, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil, sekali gus menyebabkan lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.

Sumber: Bernama

BACA: “Animalert” Bantu Pemandu Di Jepun Elak Langgar Haiwan Sewaktu Memandu

BACA: Nahas Trak FRU: Anak Istimewa Kehilangan Tempat Mengadu Kasih

The post Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji

[ad_1] Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji Kewajipan menunaikan…

Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan

[ad_1] Harga Minyak Boleh Cecah US$130 Setong Jika Iran Tutup Selat Hormuz – Laporan ANKARA,…

Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

[ad_1] Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini KUALA LUMPUR,…