Posted On 27 February 2026

Motosikal CC Rendah, Tapi Ride Jauh, Ini Tips Menunggang Supaya Tak Cepat Penat

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Motosikal CC Rendah, Tapi Ride Jauh, Ini Tips Menunggang Supaya Tak Cepat Penat

Menunggang motosikal bukanlah sekadar masukkan gear dan pulas throttle semata-mata, namun ia lebih daripada itu. Antaranya adalah kelajuan yang sesuai, cara turunkan gear, cara memperlahankan kenderaan, semuanya memerlukan teknik. Maka tidak pelik lah apabila di sekolah memandu, kita akan melakukan aktiviti atau rutin seperti itu ketika mengambil lesen motosikal.

Bagi artikel kali ini, min cuma nak share tentang cara tunggangan motosikal sekiranya jentera yang korang tunggang itu mempunyai anjakan atau kapasiti rendah. Lebih mesra disebut sebagai CC, perkara itu menentukan tahap serta kekuatan bagi sesebuah motosikal.

Seperkara yang korang kena faham dan hadam, sekiranya motosikal yang ditunggang itu berkapasiti enjin rendah, janganlah ‘lenjan’ sehingga kelajua 110 km/j ke atas dalam tempoh yang lama kerana dianggap sebagai ‘menyeksa’ enjin.

Secara logiknya, kalau CC rendah, tapi push enjin untuk bekerja lebih keras, mungkin boleh mendatangkan pelbagai masalah pada masa depan. Jadi ini antara tips bawa moto berkapasiti enjin rendah supaya tak cepat penat bila ride jauh.

1. Jaga Posisi Tunggang

Sebaiknya kena duduk tegak, jangan terlalu tunduk ataupun kebelakang. Lutut seeloknya dirapatkan untuk stabilkan badan.

2. Kawal Throttle Dengan Lembut

Jika naik motosikal cc rendah, kena guna throttle lebih untuk lebih laju. Tapi jangan pulas sampai habis terlalu lama. Kelajuan ideal boleh dikekalkan adalah antara 70-80km/j untuk kapcai 110-125cc.

Perkara ini juga mempengaruhi badan penunggang juga. Jika ‘dilenjan’ habis-habisan walhal cc rendah, boleh memberi kesan kepada psikologi penunggang. Perkara ini kerana penunggang sudah berfikir dia telah ‘top speed’ tapi motosikalnya hanya mampu setakat yang ada saja. Lebih mudah faham, jika enjin lebih relaks, badan pun tak stress.

3. Rehat Ikut Jarak, Bukan Ikut Penat

Kalau nak ride jauh dengan motosikal cc rendah, sebaiknya rehat setiap 45 minit – 1 jam walaupun rasa masih okay. Sebaiknya turun motosikal, regangkan kaki, bahu dan leher 3-5 minit

4. Gunakan Gear Yang Sesuai

Kalau guna motosikal cc rendah, janganlah digunakan gear tinggi semasa RPM rendah, kerana akan rasa semput dan bergegar. Turunkan gear bila naik bukit supaya enjin tak terpaksa. Secara hipotesisnya, kurang gegaran, kuranglah lenguh tangan dan kaki.

5. Naik Taraf Untuk Keselesaan

Kalau dah tahu nak ride jauh, sebaiknya tukar seat yang lebih empuk atau tambah cushion. Keselesaan dalam diri penunggang juga penting supaya tidak terganggu dalam perjalanan.

Namun masalah tersebut tak ‘valid’ untuk motosikal seperti SUZUKI AFAZ Kencana Sport 115 kerana sudahpun dilengkapi dengan seat yang selesa, lembut secukupnya untuk memberi pengalaman menunggang yang bermakna kepada rider.

SUZUKI AFAZ Kencana Sport 115

Jentera kebangsaan yang baru mendarat di Malaysia pada hujung tahun lalu boleh dianggap sebagai motosikal berkapasiti enjin yang rendah iaitu dengan enjin satu silinder 113cc SOHC. Dengan kemampuan 9.2hp dan 9.1Nm, Kencana Sport 115 sudah cukup bagi mereka yang mahukan motosikal selesa, boleh bergerak ke satu tempat dengan selamat, dan yang penuh gaya kebangsaan.

Min berpengalaman menggunakan jentera ini selama 20 hari, dan inilah yang dapat min simpulkan.

Motosikal CC Rendah

Dari segi tunggangan, motosikal ini memberikan keselesaan maksima, asalkan kena pada gayanya. Maksud min adalah perlu dibawa pada kelajuan yang tepat, transisi gear yang betul dan juga dengan jiwa yang tenang.

Sebab tu min kata kalau nak bawa motosikal cc rendah, tidak disarankan menggunakan ‘speed’ yang tinggi kerana boleh memberi kesan kepada penunggang dan motosikal itu sendiri.

Ada Meter Analog, Lampu LED

CC rendah tidak apa, yang penting motosikal ini canggih. Lengkap dengan meter analog, megah dengan lampu LED, sudah cukup untuk menampakkan motosikal ini segak ketika meluncur di jalanraya. Dengan meter analog, min boleh layan tolok kelajuan di meter naik dengan smooth seiring dengan kelajuan motosikal yang lebih tinggi.

Lampu LED juga memberi peluang cerah kepada min ketika menunggang di malam hari. Hal ini kerana boleh nampak ‘hazard’ dengan lebih jelas di hadapan kerana kemampuan LED yang sangat diyakini.

Jadi, 20 hari pengalaman menunggang motosikal ini buatkan min rasa lebih tenang di jalan raya. Tidak perlu terkejar-kejar, hanya perlu layan kelembutan enjin yang turut dilengkapi dengan Suzuki Oil-Cooling System. Dengan keluasan tangki 4.2l, min juga tak perlu risau kena isi minyak banyak kali dalam masa seminggu. Baru isi RM3 dah boleh ulang alik kerja sehingga 3-4 hari, yang jaraknya sekitar 40km setiap hari.

Motosikal CC Rendah Lebih Tenang

Kesimpulannya, setiap motosikal ada keistimewaannya tersendiri, samalah seperti SUZUKI AFAZ Kencana Sport 115 ini yang lebih tenang dalam kelasnya yang tersendiri.

Jadi kalau korang, nak motosikal cc tinggi atau cc rendah? Tepuklah dada, tanyalah isteri korang dulu sebab risau tak lulus pulak nanti. Kalau tak lulus, tunjuk je AFAZ Kencana ni, confirm isteri korang lulus serta merta.

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch

Related Post

Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini

[ad_1] Trafik Mula Sesak Di Lebuh Raya Utama Menuju Lembah Klang Petang Ini KUALA LUMPUR,…

Penyampai Berita Berdepan Detik Cemas, Stesen TV Iran Diserang Israel

[ad_1] Penyampai Berita Berdepan Detik Cemas, Stesen TV Iran Diserang Israel Seorang penyampai berita wanita…

Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam

[ad_1] Tiga Pelajar UTM Cipta Mesin Pencetak Layan Diri 24 Jam JOHOR BAHRU, 21 Jun (Bernama)…