Posted On 7 November 2025

Makbul Doa Seorang Anak, Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Makbul Doa Seorang Anak, Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah



Makbul Doa Seorang Anak, Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan kadang kala ia tidak dapat diduga. Beruntunglah mereka yang mendapatkannya kerana tiada nikmat yang lebih besar selain rahmat dan kasih-Nya.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muka Gangster atau nama sebenarnya Muhammad Mikhael Sathayah membuatkan ramai sebak apabila ibunya mendapat hidayah memeluk agama Islam.

Menerusi video yang dimuat naik, Mikhael berkongsi momen ketika ibunya mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah dan berkata ia terasa seperti mimpi.

Mikhael yang sudah tujuh tahun menjadi mualaf juga berkata doanya ketika melakukan umrah akhirnya dimakbulkan.

BACA: Lelaki Peluk Islam, Selepas Datang Masjid Mengadu Bunyi Bising Sembahyang Raya

“Syukur Alhamdulillah akhirnya mak masuk Islam, rasa macam mimpi saat ini. Tujuh tahun mualaf, tak pernah berani nak ajak mak (masuk Islam).

“Mak pengorbanan mak besar sangat ketika saya mencari jiwa. Mak benarkan saya masuk Islam. Terima kasih mak jadi seorang ibu yang hanya nak lihat anaknya bahagia.

“Besar pengorbanan mak, hanya mampu berdoa ketika umrah. 12 hari berdoa Ya Allah berikanlah hidayah kepada ibuku, bukalah pintu hatinya.

“Walaupun di luar nampak bahagia dan gembira, di lubuk hati tu sentiasa mendoakan hidayah mak, mak yang terbaik di dunia, mak yang saya sayang,” katanya.

Mikhael juga bersyukur kerana dia dianugerahkan dengan kehadiran isteri yang sangat menyayangi ibunya.

“Dengan berkat doa mak, dapat berkahwin. Dapat pula menantu yang betul-betul sayangkan mak. Mak pun sayangkan dia sangat-sangat. Ya Allah, rezeki ada dua bidadari hatiku,” katanya.

@mukagangster

Selamat Kembali kepada fitrah Puan Maimunah Sathayah Binti Muniandy @Mak Titew . Hidayah sesungguhnya Milik Allah @Gangster Pink @Mikhael Sathayah #mukagangster #ipohperak #fyp #wifetitew #mikhael

♬ A Touching Story – Kim Sung Hwan

@mukagangster

Hebat kuasa Allah . Terima kasih Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Hidayah milik Allah. @Mak Titew #mukagangster #ipohperak #fyp #maktitew #wifetitew

♬ Sad Lonely Piano – ALEKSANDAR KIPROV

Ibunya juga memilih nama Maimunah selepas selesai melafazkan syahadah.

Perkongsian itu membuatkan ramai warganet turut gembira dan mereka mendoakan kesejahteraan Mikhael sekeluarga.

“Ya Allah cantiknya mak awk bila dah bertudung nampak bersih dan tenang mukanya”

“MasyaAllah cantiknya mak titew pakai tudung, nampak berseri betul muka tu.. Alhamdulillah hidayah datang tepat pada masa dan waktunya. Kun fayakun”

“Alhamdulillah Allah maha pengasih lagi maha penyayang”

“Ya Allah sukanya tengok video ni..semoga kamu bahagia bersama keluarga, ibu dan isteri yang murni hatinya”

Kredit: Muka Gangster

 

The post Makbul Doa Seorang Anak, Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah appeared first on Siakap Keli.




News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung KUALA BERANG, 7 Dis (Bernama) — Polis percaya…

Main Slot Deposit Pulsa Indosat, Banyak Bonus Menanti

alau kamu ingin tahu cara cepat isi saldo untuk slot deposit pulsa Indosat, sebenarnya langkahnya…

8 Rahsia Kecilkan Pori Wajah Secara Konsisten & Berkesan

[ad_1] 8 Rahsia Kecilkan Pori Wajah Secara Konsisten dan Berkesan Pori-pori besar sering menjadi punca…