Posted On 4 September 2025

Mahkamah Arah Guru Kelar Isteri Jalani Pemeriksaan Mental

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Mahkamah Arah Guru Kelar Isteri Jalani Pemeriksaan Mental



Mahkamah Arah Guru Kelar Isteri Jalani Pemeriksaan Mental

BALIK PULAU, 4 Sept (Bernama) — Seorang guru lelaki yang didakwa mengelar isterinya dengan sebilah pisau bulan lepas diperintah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Ipoh oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membenarkan tertuduh yang berusia 30 tahun, dirujuk ke hospital berkenaan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya menjawab “tidak faham” apabila ditanya sama ada beliau memahami pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek didakwa melakukan cubaan bunuh menggunakan sebilah pisau yang diketahuinya boleh menyebabkan kematian terhadap isterinya yang berusia 28 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat sini pada 5.45 pagi, 27 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R. Lushani memohon mahkamah mengeluarkan arahan rasmi agar tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia bagi penilaian lanjut, selaras dengan saranan doktor di Hospital Pulau Pinang.

Peguam bela Yazid Khairul Azman yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah menetapkan 8 Okt depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kesihatan mental tertuduh.

BACA: Keluarga Pempengaruh Dibunuh, Jasad Diletak Dalam Trak Pikap
BACA: Wanita Terkedu Lihat Dipercayai Kepala Kambing Hanyut Di Port Dickson

Sumber: Bernama

The post Mahkamah Arah Guru Kelar Isteri Jalani Pemeriksaan Mental appeared first on Siakap Keli.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Download Film

Related Post

MapleBear Tambah Cawangan Di Malaysia Bagi Menampung Permintaan Pendidikan Global Dwibahasa Yang Semakin Meningkat

[ad_1] MapleBear Tambah Cawangan Di Malaysia Bagi Menampung Permintaan Pendidikan Global Dwibahasa Yang Semakin Meningkat…

HABIB Akhiri Tahun Dengan Penuh Gaya Menerusi YES 2025

[ad_1] HABIB Akhiri Tahun Dengan Penuh Gaya Menerusi YES 2025 Jenama utama barangan kemas di…

Lansia Tak Lakukan Shalat Arbain, Batalkah Ibadah Haji? » Nabawi Mulia

[ad_1] Ibadah haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap…