Lelaki Non-Muslim Kongsi Niat Baik, Sediakan Makanan Halal Untuk Jiran Berpuasa
Bulan Ramadan adalah bulan yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Ia merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.
Ramadan juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia merupakan peluang untuk membersihkan jiwa, meningkatkan ketakwaan, memperbaiki akhlak serta mengeratkan hubungan dengan keluarga, sahabat dan masyarakat.
Sehubungan itu, ramai individu bukan Muslim berusaha memahami makna dan cara berpuasa.
Ia bukan sahaja sebagai bentuk penghormatan, bahkan untuk menimba pengetahuan mengenai tradisi dan nilai yang terkandung dalam ibadah tersebut.
Lelaki non-muslim prihatin, berhasrat nak bagi jiran berpuasa makanan
Baru-baru ini, seorang lelaki bukan Islam yang dipercayai warga Amerika Syarikat berkongsi niat baiknya untuk menyediakan makanan sahur kepada jiran yang beragama Islam.
Menerusi hantaran @brooklyngrits di Threads, dia memberitahu salah seorang jirannya sedang berpuasa, kemudian berhasrat menyediakan muffin kurma dengan kacang tinggi protein sebagai sajian sahur.
Dia kemudian meminta pandangan orang ramai sama ada idea itu baik atau sebaliknya.
Soalannya mendapat perhatian ramai, dengan kebanyakan menyatakan bahawa ia adalah satu idea yang baik.
Ramai yang tersentuh hati dengan tindakan lelaki tersebut
Yang lebih menarik perhatian ialah ramai yang mencadangkan agar dia menggunakan bahan daripada sumber halal untuk diberikan kepada jirannya.
Selain itu, terdapat juga yang menyatakan bahawa sebagai orang Islam, mereka amat menghargai kebaikan yang ditunjukkan oleh @brooklyngrits kepada jirannya.

Prihatin dengan semua cadangan daripada orang ramai, termasuk memastikan bahan yang digunakan halal, @brooklyngrits memaklumkan dia akan memastikan semua barangan yang digunakan adalah halal atau berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Kongsi resipi buat mufin yang diberikan kepada jiran
@brooklyngrits turut berkongsi resipi mufin itu dan memaklumkan beberapa bahan mungkin boleh diubah pada masa akan datang.
Dia juga menyifatkan rasanya sedap walaupun rupa muffin tersebut sedikit gelap.
“Saya gembira memaklumkan muffin ini telah diterima oleh jiran, dan saya diberitahu baunya harum
“Kepada semua yang meninggalkan komen, saya harap anda menikmati hari yang indah. Mari kita tunjukkan kepada dunia kuasa kebaikan dan kasih sayang antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Jasa Impor China
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Jasa Backlink
Slot gacor terpercaya
Anime Batch