Posted On 19 June 2025

Kongsi Detik Cemas Anak Tak Sedarkan Diri, Lelaki Titip Pesan Buat Ramai

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Kongsi Detik Cemas Anak Tak Sedarkan Diri, Lelaki Titip Pesan Buat Ramai


Kongsi Detik Cemas Anak Tak Sedarkan Diri, Lelaki Titip Pesan Buat Ramai

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menyimpan impian untuk menimang cahaya mata, zuriat yang menjadi pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah keluarga.

Ada yang dikurniakan anak seawal usia perkahwinan, tetapi tidak semua melalui perjalanan yang mudah.

Ramai juga diuji dengan penantian panjang, bertahun-tahun menanti, berdoa tanpa henti, dan terus berharap untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu atau ayah.

Namun, apabila doa akhirnya dimakbulkan, tanggungjawab sebagai ibu bapa pastinya digalas dengan sesempurnanya.

Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki bergelar bapa apabila berkongsi detik cemas anak yang sihat tiba-tiba tak sedarkan diri di rumah.

“Takutnya bila ada emergency macam ni…” – Warga maya

Menurut perkongsian lelaki itu di media sosial, kejadian berlaku terhadap anak kelapan mereka, yang juga merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga.

Dalam video pendek yang dimuat naik, kelihatan si bapa dan ibu meluru ke kereta sebelum pecut ke hospital demi menyelamatkan nyawa anak mereka.

“Sekitar jam 7.20 malam… 8 minit ke hospital, double signal. Doakan semuanya selamat…” tulis si bapa dalam kapsyennya.

@farishal83

Pastikan minyak kereta sentiasa cukup..kenderaan utk dibawa semasa berlaku kecemasan tu ada..ruangan keluar masuk tak terhalang…Ahmad Qhalifa tetiba tak sedarkan diri…anak ke 8 merupakan anak lelaki pertama dlm keluarga..sekitar jam 7.20 malam…8 minit ke hospital double signal..doakan semuanya selamat…

♬ original sound – Mari Selawat – Mari Selawat

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, si bapa turut memaklumkan bahawa anaknya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Berita itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ramai yang mengikuti kisah tersebut dan turut sama mendoakan kesembuhan anak kecil berkenaan.

Peringatan 

Di sebalik kejadian itu, si bapa turut menitipkan pesanan yang sangat penting kepada orang ramai.

Ia mungkin sesuatu yang sering kali kita anggap remeh, tetapi boleh menjadi penentu antara hidup dan mati dalam situasi kecemasan.

“Pastikan minyak kereta sentiasa cukup. Kenderaan untuk digunakan waktu kecemasan mesti sedia ada. Pastikan juga laluan keluar masuk rumah tidak terhalang,” katanya.

Benar kata orang, malang tidak berbau. Kita tidak tahu bila kecemasan akan berlaku, dan bila nyawa orang tersayang mungkin bergantung pada tindakan kita dalam beberapa minit pertama.

Dalam pada itu, perkongsian detik cemas ini turut membuka mata ramai di ruangan komen.

Antara perkara yang paling banyak disebut oleh netizen ialah kepentingan untuk suami dan isteri sama-sama tahu memandu.

Dalam situasi kecemasan seperti ini, jika hanya seorang yang mampu memandu, keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya individu itu panik, cedera atau tidak berada di tempat kejadian.

Ingatlah, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.

BACA: Kisah Penemuan 796 Mayat Bayi Di Tapak Rumah Jagaan, Rahsia Gelap Selama Berdekad

BACA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya

BACA: Ini Sebab Kenapa Sambutan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 Hambar

Sumber: TikTok @farishal83

The post Kongsi Detik Cemas Anak Tak Sedarkan Diri, Lelaki Titip Pesan Buat Ramai appeared first on Siakap Keli.





Lifestyle

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Related Post

PM Lancar “RIBAT” HMLTV Pertama Keluaran Negara

[ad_1] PM Lancar “RIBAT” HMLTV Pertama Keluaran Negara LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) — Perdana Menteri…

Main Slot Demo PG Soft Seru Tanpa Harus Deposit

Buat kamu yang suka hiburan online tapi nggak mau ribet keluar modal, slot demo PG…

Sultan Selangor Beri Pandangan Isu Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru

[ad_1] Sultan Selangor Beri Pandangan Isu Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Sultan Selangor Sultan Sharafuddin…