Posted On 1 July 2025

Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi

fortcanning 0 comments
Fortcanning >> Tak Berkategori >> Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi


Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi

PUTRAJAYA 1 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S.Nimalan, 31 dan S. Ravi Chandran, 53.

Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.

Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran yang dijatuhi hukuman penjara 40 tahun, tidak dikenakan hukuman sebat kerana dia berusia lebih 50 tahun.

Hakim Tengku Maimun berkata hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana beliau telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.

Sementara itu panel yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang, melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R.Dinishwaran, 32, A.K.Thinesh Kumar, 31, M. Vishwanath, 34, daripada pertuduhan.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan keenam-kenam lelaki itu dengan kesalahan membunuh Morais di sebuah lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015.

Rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan pada 14 Mac tahun lepas.

Morais yang dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayat Morais ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept tahun yang sama.

Sumber: BERNAMA

BACA: Cukai Jangan Bebankan Rakyat Terbanyak – PM Anwar

BACA: Apa Itu Cukai Jualan? Ini Senarai Barangan Asas Yang Tidak Dikenakan & Dikenakan Cukai 

The post Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi appeared first on Siakap Keli.



Lifestyle

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Download Film

Related Post

Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

[ad_1] Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut KOTA BHARU, 9 Jun…

5 Tips Diet Ala Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam » Nabawi Mulia

[ad_1] Beberapa hari setelah Hari Raya Idul Adha berlalu, suasana perayaan masih terasa hangat di…

Takut Barang Hilang Saat Impor? NGC Express Punya Garansinya!

Punya rencana impor barang dari China tapi bingung soal pengiriman? Tenang, ada NGC Express! Kami…